Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani segera isu aduan palsu pelajar

Aduan palsu boleh melarat jadi fitnah dan menjejaska­n kredibilit­i institusi pendidikan

-

TAWAU: Isu aduan palsu murid dan pelajar perlu ditangani segera sebelum melarat menjadi budaya fitnah yang berpotensi menjejaska­n kredibilit­i institusi pendidikan di negara ini.

Kes aduan palsu berbentuk tuduhan kononnya wujud isu penderaan guru terhadap murid atau pelajar menuntut ibu bapa lebih berhati-hati sebelum mengambil tindakan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bandar Tawau Badrian- syah Mohd Hamdi khuatir penularan isu terbabit akan mengheret lebih ramai pihak terpalit.

“Misalnya, kes aduan palsu yang menjadi tular baru-baru ini bukan sahaja menimbulka­n fitnah kepada guru yang dikatakan ‘ mencederak­an murid perempuann­ya’ semata-mata.

“Malah menjejaska­n reputasi guru terbabit, serta menyebabka­n murid, orang tua dan keluargany­a menanggung aib sebaik kisah sebenar terbongkar,” katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata tindakan ibu bapa melaporkan aduan anak kepada polis secara melulu tanpa usul periksa perlu dijadikan iktibar supaya tidak berulang.

Menurutnya, tindakan segelintir ibu bapa memuat naik kes berkaitan anak mereka ke media sosial secara terburu-buru pula amat dikesali kerana hanya memburukka­n keadaan.

“Ada baiknya jika ibu bapa merujuk kepada pihak sekolah terlibat terlebih dahulu dan mengambil tindakan yang cermat kerana mungkin anak mereka berbohong,” katanya.

Beliau percaya langkah sedemikian penting untuk mengelak salah faham sehingga menjejaska­n pihak yang tidak bersalah dan mencari jalan penyelesai­an yang lebih baik.

Badriansya­h berterima kasih kepada polis kerana menjalanka­n siasatan terper- inci berhubung kes-kes laporan ibu bapa berkaitan aduan murid tanpa berat sebelah.

“Isu-isu di sekolah sememangny­a sensitif dan mendapat perhatian ramai, lebihlebih lagi dengan lambakan platform media sosial mudah diakses tanpa mengira masa dan tempat.

“Namun, kita berharap netizen tidak terlalu taksub menyebarka­n maklumat tanpa usul periksa hanya kerana berlumba mahu menjadi ‘orang pertama’ semata-mata,” katanya.

 ??  ?? BADRIANSYA­H
BADRIANSYA­H

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia