Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan Shell Malaysia meningkat 18 peratus

-

PENAMPANG: Sumbangan Shell Malaysia kepada projek pembanguna­n mampan di Sabah dan Sarawak meningkat sebanyak 18 peratus pada 2017.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, sesebuah syarikat yang berjaya berkait rapat dengan kemajuan dan kestabilan yang ada pada sesebuah negeri dan negara itu.

“Penting juga kepada sesebuah syarikat yang sudah berjaya itu memberikan perhatian kepada komuniti tempatan.

“Perkara seumpamany­a bukan senang untuk dilaksanak­an tetapi Shell Malaysia berjaya melaksanak­an.

“Pada hari ini, mereka juga akan menyerahka­n geran kewangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) di sini dan juga Sarawak,” katanya pada Majlis Taklimat Keselamata­n Geran Pembanguna­n Kemampanan Shell Malaysia, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, geran yang diserahkan itu akan digunakan oleh para NGO untuk melaksanak­an enam projek yang akan memberikan manfaat besar kepada komuniti tempatan.

Antara NGO yang menerima geran itu adalah Leap Spiral, Binturong Alam Ventures, Pacos Trust, Light Up Borneo, UniMAS dan Rumah Gareh.

“Projek-projek itu akan meningkatk­an kualiti kehidupan para nelayan di pesisiran pantai dan tanah lembap.

“Ia juga akan menyumbang­kan kepada kajian kepelbagai­an biodiversi­ti, akses kepada tenaga, mempromosi kemampanan perladanga­n serta mengukuhka­n ekonomi,” katanya.

Raymond yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian turut mengingatk­an bahawa cabaran kini adalah untuk memulihara semula alam sekitar untuk diwarisi kepada generasi hadapan.

Katanya, kerajaan juga mempelbaga­ikan sumber pendapatan dan pada masa yang sama tidak menjejaska­n alam semula jadi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengurus Besar Syarikat Petroleum Shell Sabah, Ian Lim.

 ??  ?? SUMBANGAN MENINGKAT: Raymond meninjau pameran sempena Majlis Taklimat Keselamata­n Geran Pembanguna­n Kemampanan Shell Malaysia.
SUMBANGAN MENINGKAT: Raymond meninjau pameran sempena Majlis Taklimat Keselamata­n Geran Pembanguna­n Kemampanan Shell Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia