Utusan Borneo (Sarawak)

Juruteknik terlepas tali gantung, hukuman diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian

-

KOTA KINABALU: Seorang juruteknik mampu bernafas lega apabila terlepas daripada hukuman gantung, selepas Mahkamah Persekutua­n di sini pada Selasa, mengenakan penjara 20 tahun atas kesalahan menyebabka­n kematian seorang lelaki.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Wira Ahmad Haji Maarap dan tiga korum Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Dato Wira Aziah Ali sebulat suara membuat keputusan itu terhadap Mohamad Ahmad.

“Mahkamah mempertimb­angkan dan menyemak hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, kami memutuskan tidak selamat mensabitka­n perayu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, oleh itu pertuduhan digantikan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan,” kata Md Raus.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi mengenakan hukuman gantung mandatori terhadap perayu, selepas didapati bersalah membunuh Musleh Salleh, 27.

Kesalahan itu dilakukan pada 5 Januari 2012 kira-kira jam 5.10 petang di kedai Billiard Lim Tai Ling, Lot 1, Manggatal, di sini.

Bagaimanap­un, Mahkamah Rayuan turut mengetepik­an rayuan atas hukuman dan sabitan terhadap perayu.

Peguam Hamid Ismail yang mewakili Mohamad berhujah, hakim perbicaraa­n gagal untuk menilai bukti pendakwaan secara maksimum ketika perbicaraa­n dijalankan.

“Ahli patologi mengatakan terdapat 22 kecederaan, lapan daripadany­a terdapat di bahagian muka. Hakim perbicaraa­n dalam dapatannya perayu menyebabka­n kematian mangsa.

“Tetapi saya hujahkan, ini adalah silap kerana beliau juga mengetahui fakta PW3 juga menendang kepala mangsa,” katanya.

Menurutnya, PW4 (saksi) bersetuju tidak melihat se- muanya dan kejadian itu berlaku tiba-tiba. PW7 melihat perayu dan cuba menariknya, tetapi pada ketika itu perayu menumbuk mangsa sekali atau dua kali.

“Saya mohon agar tidak melihat kepada kecederaan tetapi kepada fakta sama ada kecederaan diakibatka­n senjata. Saksi menyatakan perayu menggunaka­n tali pinggang, tetapi beliau tidak pasti,” katanya.

Hamid memohon agar pertuduhan terhadap perayu digantikan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, atas pertuduhan menyebabka­n kematian.

“Pergaduhan ini berlaku secara tiba-tiba dan bukan kes bunuh. Mohon hukuman dan sabitan diketepika­n,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Nuraini Mohamad Nor membidas, tiada bukti yang jelas daripada PW7 mengenai PW3, kerana PW3 datang kemudian setelah mangsa dicederaka­n.

“Tiada elemen bahawa perayu bertindak membela diri atau pergaduhan tiba-tiba, kerana mangsa sudah terbaring cedera,” katanya.

Semasa rayuan, Hamid menyatakan pada hari kejadian perayu hanya mahu mencari adiknya dan bukan mencari masalah.

“Perayu menyesal atas perbuatann­ya, kerana itu perayu mohon pertuduhan dikurangka­n dan bukan dibebaskan,” katanya.

Mahkamah memerintah­kan perayu menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap.

 ??  ?? SELAMAT: Mohamad mampu tersenyum selepas mendengar penjelasan Hamid (kanan).
SELAMAT: Mohamad mampu tersenyum selepas mendengar penjelasan Hamid (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia