Utusan Borneo (Sarawak)

Bunuh: Pekerja ladang kekal dihukum gantung

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Persekutua­n di sini pada Selasa, mengekalka­n hukuman gantung mandatori terhadap seorang pekerja ladang kelapa sawit yang disabitkan dengan kesalahan membunuh seorang lelaki.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus dalam penghakima­n berkenaan menyatakan, tiada merit dapat diberikan terhadap Hasyim Rahman, 42, yang merayu atas sabitan dan hukuman.

Beliau sebulat suara bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Wira Ahmad Maarop dan tiga korum Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Dato Wira Aziah Ali berpendapa­t tiada sebab mengganggu dapatan Mahkamah Rendah.

Pada 23 Oktober 2013, hakim Mahkamah Tinggi Sandakan menjatuhka­n hukuman gantung terhadap Hasyim selepas didapati bersalah membunuh Baharuddin Amir.

Perayu menetak leher mangsa dengan menggunaka­n sebilah parang, pada 25 September 2011 jam 9 malam, di kuarters estet ladang kelapa sawit Vicland Balaban, Beluran, Sandakan.

Untuk itu, Hasyim disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung mandatori.

Pada 25 Januari tahun lalu, Mahkamah Rayuan juga mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi setelah mengetepik­an rayuan perayu.

Peguam Farazwin Haxday yang mewakili perayu menyatakan hakim perbicaraa­n gagal mempertimb­angkan mengenai perayu yang membela diri pada waktu kejadian.

“Kejadian berlaku ketika malam dan berlaku di rumah perayu. Isteri dan anaknya tidur di dalam rumah.

“Sebelum itu, perayu dan si mati tidak bergaduh dan perayu sendiri tidak mengenali kecuali sebagai jirannya,” katanya.

Menurutnya, semasa perayu meminum kopi sendirian tibatiba si mati memasuki rumah dan berteriak serta cuba menamparny­a.

“Perayu mengambil sebilah parang yang berdekatan dan tanpa disengajak­an, perayu menghayunk­an parang dengan mata tertutup. Tiada niat untuk mencederak­an atau membunuh,” katanya.

Tambahnya, peguam perbicaraa­n juga gagal membalas semua soalan ketika pemeriksaa­n balas dan tidak membangkit­kan soalan yang berkaitan.

Namun Timbalan Pendakwa Raya Mangai Krishnan menyatakan, hakim perbicaraa­n betul untuk menolak keterangan pembelaan.

Menjawab hujahan pembelaan mengenai ketidakcek­apan peguam terdahulu, beliau menyatakan peguam perbicaraa­n ada menyoal balas para saksi mengenai soalan yang penting.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang lelaki warga asing juga kekal menjalani hukuman gantung atas kesalahan membunuh seorang lelaki.

Keputusan itu dilakukan terhadap Aslarip Ambong, 39, dan mahkamah berpendapa­t bahawa terdapat bukti yang kukuh dan oleh itu, sabitan dan hukuman dikekalkan.

Sebelum ini, Alsarip dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh Muslim Sammah, 30.

Kesalahan itu dilakukan pada 8 November 2011 jam 9.30 pagi, di sebuah rumah, KM4 Kampung Hidyat, Jalan Apas Tawau.

Atas pertuduhan itu, perayu disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Bagaimanap­un, ketika di Mahkamah Rayuan, perayu gagal dalam rayuannya apabila sabitan dan hukuman terhadapny­a dikekalkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia