Utusan Borneo (Sarawak)

Hayun pisau di tempat awam, lelaki kena dua bulan

-

KOTA KINABALU: Tindakan seorang lelaki yang menghayunk­an sebilah pisau di tempat awam, menyebabka­nnya dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Herlina Muse menjatuhka­n hukuman itu terhadap Rezaly Ramatan, 28, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 15 Ordinan KesalahanK­esalahan Kecil Negeri Sabah.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM25 atau penjara sehingga dua minggu, sekiranya kesalahan kali kedua atau sabitan seterusnya, denda sehingga RM50 dan penjara selama tiga bulan.

Kesalahan itu dilakukan pada 29 Julai jam 3 pagi di Jalan Tan Pen Heng, Asia City, di sini.

Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni memberitah­u, tertuduh cuba melarikan diri ketika ditangkap oleh polis yang melakukan rondaan.

S e m a s a r a y u a n , tertuduh memohon dikenakan hukuman yang ringan kerana mempunyai ibu yang sudah tua dan sakit, selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 57 tahun didakwa atas pertuduhan mencuri sebotal minuman keras di sebuah pasar raya.

Bagaimanap­un, Vun Chau Lin mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan penjara maksimum sepuluh tahun dan denda.

Oleh itu, mahkamah menetapkan pada 29 Ogos untuk pengurusan kes terhadap tertuduh bagi menentukan tarikh perbicaraa­n.

Tertuduh didakwa mencuri minuman keras berkenaan yang berharga RM390, pada 28 Julai jam 3.15 petang, di Giant Hypermarke­t, City Mall, di sini.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM2,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia