Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport peralatan perubatan disasar meningkat 12%

Didorong oleh peningkata­n permintaan dari Asia Pasifik

-

KUALA LUMPUR: Eksport peralatan perubatan disasarkan meningkat sebanyak 12 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM17.74 bilion pada 2017, didorong oleh peningkata­n permintaan khususnya dari Asia Pasifik.

Menurut Laporan Unjuran Industri Perubatan 2017 Persatuan Industri Perubatan Malaysia ( AMMI), rantau Asia Pasifik mewakili 51.5 peratus daripada keseluruha­n eksport diikuti Amerika Utara (27.1 peratus) dan Eropah (19.4 peratus).

“China, India dan negaranega­ra ASEAN adalah pemacu utama pertumbuha­n di rantau ini berikutan penekanan yang diberikan terhadap penjagaan kesihatan,” kata Pengerusi AMMI, Hitendra Joshi.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media selepas pelancaran laporan itu di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud.

Mengulas laporan itu, Joshi berkata 70 peratus daripada 63 syarikat AMMI dijangka melabur RM1.4 bilion di Malaysia pada 2017 yang menjadi petunjuk keyakinan pelabur terhadap negara ini.

Sementara itu, Azman berkata MIDA telah meluluskan pelaburan bernilai RM1.95 bilion dalam peralatan perubatan membabitka­n 16 projek pada separuh pertama tahun ini berbanding 23 projek bernilai RM1.59 bilion, tahun lepas.

Menurutnya, MIDA juga telah meluluskan 41 projek bernilai RM2.9 bilion pada 2016 yang berjaya mewujudkan 7,300 pekerjaan.

“Walaupun masa depan industri peralatan perubatan adalah cerah, Malaysia sebaliknya kini dalam proses menuju Industri 4.0 (Revolusi Perindustr­ian Keempat) dan cabaran seperti pendigital­an, pemerkasaa­n pengguna dan persaingan baharu ini akan membentuk semula landskap (industri) secara menyeluruh,” kata Azman.

Sehubungan itu, beliau menggesa penggiat industri untuk mengubah pemikiran dan menerima teknologi, memperheba­tkan aspek inovasi dan sentiasa melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n bagi menangani cabaran.

Setakat ini, Malaysia mempunyai lebih 200 pengeluar peralatan perubatan membabitka­n pelaburan bernilai RM14.2 bilion. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia