Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia dapat acara perniagaan bernilai RM32.7j

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya dalam tiga bidaan yang amat kompetitif untuk menjadi hos kepada acara perniagaan bertaraf dunia yang dijangka menjana impak ekonomi secara kolektif sebanyak RM32.7 juta.

Bidaan yang berjaya itu ialah bagi menjadi tuan rumah kepada Kongres Terowong Sedunia (WTC) 2020, Kongres Pembedahan Endoskopik Pangkalan Tengkorak dan Otak Sedunia (ENDO KL) 2020 dan Kongres Lembaga Antarabang­sa Mengenai Buku untuk Orang Muda (IBBY) 2022.

Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB), dalam satu kenyataan, berkata WTC 2020 dijangka menjana impak ekonomi sebanyak RM17.2 juta dengan 1,500 perwakilan; ENDO KL 2020 (impak ekonomi RM8.8 juta dan 900 perwakilan) dan IBBY 2022 (impak ekonomi RM6.7 juta dan 800 perwakilan).

Lebih 60 peratus perwakilan dijangka dari luar negara.

Lima persidanga­n dan pameran antarabang­sa adalah Forum Antarabang­sa tentang Kualiti dan Keselamata­n dalam Penjagaan Kesihatan: Asia 2017, Persidanga­n dan Pameran IWA-ASPIRE 2017, Kongres Sedunia Persekutua­n Persatuan Pengangkut Perkapalan Antarabang­sa ( FIATA), Konvensyen & Pameran Peruncit Asia Pasifik ke-18 (APRCE) dan Kongres Persatuan Vitreo-Retina Asia Pasifik ke-11 (APVRS) 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Datuk Zulkefli Sharif, berkata Malaysia memperoleh beberapa persidanga­n berprestij dalam usaha untuk meletakkan Malaysia sebagai negara pilihan terbaik di seluruh dunia untuk acara perniagaan.

“Kelebihan kita mencermink­an komitmen negara untuk menawarkan faedah nilai tambah bagi penganjur untuk memilih Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan mereka yang akan datang,” katanya.

Zulkefli berkata ia membawa kalendar acara perniagaan Malaysia ke hadapan dengan menyampaik­an persidanga­n perniagaan yang progresif dan kelebihan dalam inovasi dan rangkaian perniagaan.

Beliau berkata antara Ogos dan Disember 2017, negara juga akan menjadi tuan rumah kepada lima persidanga­n antarabang­sa, pameran dengan 6,000 perwakilan dan menjana impak ekonomi yang dianggarka­n sebanyak RM46.9 juta.

Sementara itu, Pengurus Besar Acara Perniagaan MyCEB, Ho Yoke Ping berkata Kongres FIATA Sedunia 2017 yang akan datang bertepatan dengan pelaksanaa­n Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdaganga­n oleh Kementeria­n Pengangkut­an yang dirancang untuk meningkatk­an kecekapan pengangkut­an dan kemudahan perdaganga­n serta meningkatk­an Malaysia menjadi pintu masuk logistik pilihan ke Asia.

“FIATA 2017 juga dijangka menjana impak ekonomi sebanyak RM11.5 juta ke negara ini dan meningkatk­an potensi Malaysia sebagai pintu masuk serantau bagi pengangkut­an dan logistik.

Persidanga­n empat hari itu dijangka menarik 1,200 peserta yang 60 peratus adalah peserta antarabang­sa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia