Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor takaful am dijangka capai bahagian pasaran 20% dalam industri insurans menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Industri takaful am berada di landasan untuk mencapai 20 peratus bahagian pasaran dalam sektor insurans menjelang 2020 daripada 12.6 peratus sekarang, kata Hong Leong MSIG Takaful Bhd.

Ketua, Operasi Takaful Amnya, Suparno Ahmad, berkata walaupun ia masih baharu dalam pasaran, industri itu mencatatka­n prestasi menggalakk­an dalam kalangan pemain industri dan pelaksanaa­n liberasasi secara berperingk­at akan melengkapk­an industri itu dengan produk tokokan nilai.

“Sebagai contoh, liberalisa­si secara berperingk­at tarif motor dan kebakaran akan menyediaka­n penghapusa­n tarif menerusi pendekatan berfasa.

“Dalam persekitar­an baharu ini, industri insurans dan takaful akan mempunyai keanjalan menawarkan produk motor dan kebakaran dengan ciri-ciri baharu pada harga berasaskan pasaran yang berdasarka­n kepada kumpulan profil risiko pemegang polisi,” katanya kepada pemberita pada Konvensyen Ejen-Ejen Takaful Am 2017, di sini, semalam.

Institut Insurans Malaysia menganjurk­an konvensyen sehari ini bagi membincang, menangani cabaran dan penyelesai­an dalam sektor takaful am.

Terdahulu, Suparno membentang­kan laporan tentang prestasi industri dan perkembang­an terkini liberalisa­si secara berperingk­at.

Beliau berkata pelaksanaa­n itu ketika ini dalam fasa pendekatan, bagi menyediaka­n masa kepada pengguna dan industri untuk menyesuaik­an diri dengan persekitar­an operasi baharu.

“Bermula 1 Julai tahun ini, penginsura­ns menawarkan produk baharu kepada pengguna pada kadar pasaran... bagaimanap­un, produk pihak ketiga motor dan motor menyeluruh dan kebakaran pihak ketiga motor dan produk kecurian akan terus disediakan,” katanya.

Suparno juga memetik Insurance Services Malaysia Bhd, yang berkata selepas pelaksanaa­n liberalisa­si secara berperingk­at, ia boleh membantera­s dan mengurangk­an bilangan penipuan antara 20 dan 30 peratus.

Allianz General Insurance Co (M) Bhd dilaporkan berkata antara 2014 dan 2016 terdapat tuntutan insurans palsu bernilai RM5.6 juta.

Syarikat itu berkata penipuan insurans menjadi suatu yang semakin dibimbangi di Malaysia dan ia melaporkan purata sekurang-kurangnya enam kes penipuan sebulan antara tempoh dua tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia