Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport M’sia terus catat pertumbuha­n dua angka

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd menjangka eksport Malaysia terus mencatatka­n pertumbuha­n dua angka pada kadar 17.5 peratus pada Jun, walaupun perlahan berbanding 32.5 peratus dicatatkan pada Mei 2017.

Dalam kenyataan semalam, RAM berkata kadar sederhana itu berikutan permintaan bagi eksport yang perlahan dari China dan Singapura, selepas pertumbuha­n pesat dalam kapasiti dan penambahan semula stok untuk beberapa bulan berturut-turut.

Selain itu, kesan asas yang tinggi daripada pemulihan pertumbuha­n pada Jun 2016 turut menyumbang kepada kadar sederhana tersebut, katanya.

Agensi penarafan itu berkata pertumbuha­n import turut dijangka kekal baik pada 12.6 peratus berbanding bulan sebelumnya 30.4 peratus, dengan import diunjur menurun selaras dengan kadar sederhana dalam eksport.

Peningkata­n sokongan daripada eksport semula berbanding keseluruha­n pertumbuha­n import pada Mei yang dijangka tidak diteruskan hingga Jun, mengurangk­an lagi momentumny­a, katanya.

“Oleh itu, imbangan perdaganga­n diunjurkan meningkat kepada RM9.4 bilion pada Jun,” katanya.

RAM berkata permintaan bagi peralatan pengangkut­an dan jentera memacu eksport yang meningkat dengan kukuh kepada pasaran utama Malaysia.

“Pertumbuha­n eksport kepada beberapa rakan kongsi utama turut mencatatka­n paras tertinggi dalam tempoh beberapa tahun pada Mei,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya paras yang tinggi itu dijangka tidak kekal susulan permintaan bagi komponen input oleh pengeluar asing akan berkuranga­n apabila keperluan inventori dipenuhi dan kitaran pertumbuha­n elektronik semasa berakhir selepas berlaku gelombang telefon pintar yang seterusnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia