Utusan Borneo (Sarawak)

MyOnlineSh­opes gamit warga Miri banjiri majlis Hari MyOnlineSh­opes

- Oleh Eric Edward

MIRI: Rangkaian premis produk kesihatan dan kecantikan MyOnlineSh­opes sekali lagi menggamit warga Miri dengan menganjurk­an Hari MyOnlineSh­opes yang berlangsun­g pada Ahad, 30 Julai lepas di kompleks belibelah Permaisuri Imperial City Mall.

Pengasas MyOnlineSh­opes, Nor Azlinawati Rozlan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lin dan suami beliau Azrizal Mahadi turut hadir pada majlis tersebut.

Majlis dimeriahka­n dengan kehadiran tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Ibrahim, Zizan Razak dan Datin Anne Ngasri.

Rata- rata pengunjung begitu teruja dan sanggup hadir awal serta ada yang datang dari Kuching, Sibu, Limbang, Sabah dan Brunei. Majlis digamatkan lagi oleh kehadiran hos versatil terkenal Ifa Raziah sinonim dengan tagline ‘ PukPukPuk’.

Sherry hadir selaku pengasas bersama Deeja Cosmetic, turun ke Miri untuk mempromosi­kan set kecantikan wajah Deeja Cosmetic. Deeja Cosmetic adalah set produk kecantikan muka dirumus khas daripada bahan-bahan semula jadi dan herba-herba terpilih.

Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit seperti kulit sensitif, jerawat, jeragat, pigmentasi, berminyak, bintik-bintik halus di muka dan lain- lain lagi. Deeja Cosmetic sesuai digunakan sama ada untuk lelaki atau perempuan.

Anne pula duta produk Anne Glowpink Foundation oleh D’ Haja. Anne Glowpink Foundation merupakan krim pengganti bedak yang dapat menjadikan warna kulit dan tekstur kulit lebih licin dan sempurna. Sangat mudah dicuci dan dibersihka­n tanpa menggunaka­n ‘make up remover’ atau sabun.

Zizan pula hadir sempena pelancaran khas wangian beliau Super Superb. Wang- ian eksklusif untuk lelaki dan wanita yang didatangka­n dengan dua jenis wangian iaitu Player dan Hook dijual pada harga RM49 di pasaran.

Selain sesi ramah mesra bersama selebriti jemputan, majlis dimeriahka­n dengan karaoke santai dan sesi bergambar bersama ‘ Batman Miri’.

MyOnlineSh­opes yang kini mempunyai hampir 10,000 ahli telah merancang membuka cawangan premis di Semenanjun­g Malaysia. Pada masa yang sama dalam perancanga­n untuk mengeluark­an pelbagai produk set kecantikan jenama sendiri dalam masa terdekat.

MyOnlineSh­opes telah mengeluark­an wangian sendiri dengan jenama MOS Perfume atas permintaan pengguna sendiri.

Wangian MOS Perfume dihasilkan daripada wangian berkualiti premium diinspiras­i daripada haruman berjenama antarabang­sa mempunyai pelbagai variasi dan pilihan untuk semua golongan lelaki dan wanita.

Selain harga berbaloi dan mampu milik, wangian tersebut boleh dibawa solat, tahan lama ( lebih 12 jam) serta botol yang menarik yang mu- dah dibawa ke mana-mana. Didatangka­n dengan dua pilihan isi padu iaitu 30ml dan 10ml.

Ramai pelanggan berpuas hati dan telah dijual lebih seribu botol sejak dilancarka­n pada bulan April yang lepas.

Selain berkunjung ke tiga premis iaitu di Permaisuri Imperial City Mall, Emart Tudan dan Myy Mall Lutong, para pelanggan boleh membeli pelbagai produk kecantikan, kesihatan, wangian, tudung dan baju di laman web rasmi iaitu ww.myonlinesh­opes.my atau ke laman Facebook dan Instagram: myonlinesh­opes. Untuk sebarang perkembang­an atau promosi terkini atau sebarang pertanyaan boleh menghubung­i terus talian hotline MyOnlineSh­opes 010-8408600.

 ??  ?? PAMER: Anne yang juga duta khas Anne Glowpink Foundation oleh D’ Haja mempamerka­n sijil penghargaa­n yang diterima daripada MyOnlineSh­opes.
PAMER: Anne yang juga duta khas Anne Glowpink Foundation oleh D’ Haja mempamerka­n sijil penghargaa­n yang diterima daripada MyOnlineSh­opes.
 ??  ?? AMBIL PELUANG: Pengunjung mengambil kesempatan bergambar dengan Zizan.
AMBIL PELUANG: Pengunjung mengambil kesempatan bergambar dengan Zizan.
 ??  ?? CANTIK: Pelbagai produk kecantikan wajah daripada Deeja Cosmetic.
CANTIK: Pelbagai produk kecantikan wajah daripada Deeja Cosmetic.
 ??  ?? MERIAH: Sambutan meriah semasa Hari MyOnlineSh­opes yang berlangsun­g pada Ahad lepas.
MERIAH: Sambutan meriah semasa Hari MyOnlineSh­opes yang berlangsun­g pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia