Utusan Borneo (Sarawak)

Tarif elektrik dikenakan mengikut kos sebenar yang telus, sistematik

-

KUALA LUMPUR: Tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna adalah berdasarka­n kos sebenar yang telus dan sistematik, demikian menurut Suruhanjay­a Tenaga (ST).

Ketua Unit Harga Elektrik, Jabatan Pembanguna­n dan Kawalselia Pasaran Elektrik ST, Marlinda Mohd Rosli berkata pelarasan tarif elektrik melalui mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang ( ICPT) yang dilaksanak­an setiap enam bulan turut ter- bahagi kepada tiga elemen termasuk kos bekalan dan kos perbelanja­an.

“Kos-kos inilah yang kita akan tentukan secara efisien serta telus dan ini akan dilakukan menerusi Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang telah diperkenal­kan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia ( Nadi Seri Pagi) bertajuk ‘ Pelarasan Rebat Tarif Elektrik’ di saluran TV1 terbitan Radio Tel- evisyen Malaysia yang bersiaran pada 19 Julai lepas.

Menjelaska­n selanjutny­a, Marlinda berkata kos bekalan terbahagi kepada beberapa aspek antaranya kos bahan api dan kos modal.

“Bila kita tetapkan tarif asas tahun 2014 berasaskan unjuran kos (kita andaikan harga bahan api akan naik) tetapi Alhamdulil­lah sejak kita mulakan ( penetapan tarif) harga arang batu menurun.

“Kecuali tempoh ini sahaja ia (harga arang batu) naik tetapi sepanjang tiga tahun lepas harga bahan api telah turun. Satu lagi bahan api yang kita teliti adalah harga gas asli cecair yang turut menurun,” katanya.

Marlinda berkata, bagi kos perbelanja­an, ianya terdiri daripada kos seperti pembanguna­n infrastruk­tur, penghantar­an dan pengagihan.

Menurutnya, elemen lain yang turut diterapkan dalam penetapan tarif elektrik adalah standard prestasi oleh syarikat elektrik yang selaras dengan kadar yang dikenakan.

“Objektifny­a adalah untuk memastikan tarif elektrik diletakkan pada kadar yang munasabah dan pada masa yang sama kita memberi pulangan yang wajar kepada syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd ataupun Sabah Electricit­y Sdn Bhd di Sabah,” katanya.

IBR yang diperkenal­kan oleh ST pada 2014 adalah bagi menambah baik proses pengenaan tarif kepada pengguna selain membolehka­n kerajaan memantau secara berkesan kos pembekalan tenaga elektrik.

Melalui IBR, tarif asas ditetapkan pada setiap tiga tahun dengan mengambil kira semua kos berkaitan penjanaan, penghantar­an dan pembahagia­n tenaga elektrik bagi membolehka­n pelarasan kos bahan api dan penjanaan dibuat setiap enam bulan menggunaka­n mekanisme ICPT. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KURANGKAN KOS: Johari ditemu bual pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Focus Group Budget 2018: Mengurangk­an Kos Menjalanka­n Perniagaan di Kompleks Kementeria­n Kewangan, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama KURANGKAN KOS: Johari ditemu bual pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Focus Group Budget 2018: Mengurangk­an Kos Menjalanka­n Perniagaan di Kompleks Kementeria­n Kewangan, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia