Utusan Borneo (Sarawak)

Sasaran dua vendor bertaraf antarabang­sa setiap tahun

MITI turut sasar 40 syarikat baharu sertai PPV Bumiputera

-

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) kekal positif dalam berhati-hati terhadap unjuran pertumbuha­n ekuiti Malaysia bagi separuh kedua 2017, lebih kepada neutral selepas peningkata­n dicatatkan pada separuh pertama tahun ini dan mengekalka­n sasaran FBM KLCI pada 1,820 mata menjelang akhir tahun.

Bagi ekuiti Malaysia, bank pelaburan itu berkata positif utama ialah makro domestik, yang diunjur kekal positif sepanjang 2017 manakala pendapatan korporat/pasaran dijangka meningkat.

“Kita mengambil kira tentang dasar luar dan geopolitik yang berlaku, dengan tempoh pasaran yang tenang dan turun naik yang rendah (kebanyakan tahun 2017),” katanya dalam nota penyelidik­an semalam.

Pada Ogos, negara akan memasuki suasana ‘perayaan’ dengan Sukan SEA ke- 29 bakal berlangsun­g mulai 19 Ogos hingga 30 Ogos, diikuti dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-60 pada 31 Ogos.

“Perbelanja­an penggunaan sepatutnya mendapat rangsangan dengan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BRIM) ketiga dan pembayaran peneroka Felda, juga dijadual pada Ogos, selain perbelanja­an pelanconga­n yang lebih tinggi,” kata Maybank IB.

Ia berkata ketidakten­tuan terus kekal di paras rendah dan berkuranga­n dalam kelas aset lain kecuali minyak mentah.

Maybank IB lebih kepada saham pembinaan, simen, minyak dan gas, perjudian serta utiliti dan mengekalka­n senarai beli utama yang termasuk Tenaga Nasional Bhd, Genting Bhd, IJM Corp Bhd dan Sapura Energy Bhd.

Katanya, pasaran juga akan diniagakan dalam jajaran kecil sebelum akhir tahun dengan lebih banyak perkembang­an positif dan menambah ia berpendapa­t akan terdapat aliran masuk dana asing yang kukuh.

Pelabur asing terus menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia pada Julai, mencecah RM400 juta.

“Pembelian bersih asing sejak awal 2010, yang kami kaji, telah meningkat kepada RM15.3 bilion, pada akhir Julai 2017,” tambah bank pelaburan itu. — Bernama KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) berhasrat melahirkan sekurang- kurangnya dua vendor bertaraf jaguh nasional, serantau dan antarabang­sa pada setiap tahun.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata MITI turut menyasarka­n 40 syarikat baharu untuk menyertai Program Pembanguna­n Vendor ( PPV) Bumiputera bagi memas- tikan negara mempunyai vendor- vendor berkualiti yang bertaraf antarabang­sa dalam tempoh Rancangan Malaysia ke- 11.

“Kita letakkan satu sasaran kualitatif dan satu kuantitati­f. Kualitatif bermakna sasaran kita untuk memastikan kualiti produkprod­uk dihasilkan oleh syarikat- syarikat teraju ini adalah setara dengan kualiti syarikat- syarikat ternama luar negara.

“Kita juga ingin melihat lebih banyak lagi vendor iaitu dengan pertambaha­n sebanyak 40 vendor bagi setiap tahun,” kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama Bernama News Channel, baru- baru ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata sehingga Julai 2017, seramai 1,440 vendor menyertai PPV menerusi 21 syarikat teraju.

Beliau berkata bagi memperkasa­kan program berkenaan, MITI telah melaksanak­an beberapa aktiviti sokongan seperti sesi padanan perniagaan menerusi program GLC ExplorAce.

“Ia satu program untuk kita mengetenga­hkan dan mempamerka­n produkprod­uk keluaran vendor bagi memberi semangat dan dorongan kepada pihak-pihak lain,” katanya.

Mustapa berkata, program ExplorAce yang dianjurkan bersama UEM dan Sime Darby itu juga telah memasuki tahun kelima penganjura­nnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia