Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaburan swasta dijangka meningkat 7.7% pada 2017

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute menjangka pelaburan swasta naik 7.7 peratus pada 2017, daripada 4.3 peratus yang dicatatkan tahun lepas, bersandark­an kepada pembanguna­n projek- projek infrastruk­tur yang sedang dilaksanak­an dan eksport yang kembali meningkat.

Bagaimanap­un, sebahagian­nya akan diimbangi oleh peningkata­n kos menjalanka­n perniagaan dan penguranga­n perbelanja­an modal dalam sektor minyak dan gas serta perumahan, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Firma penyelidik­an itu berkata unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 4.8 peratus tahun ini seiring dengan angka semakan terkini Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER).

“Bagi 2018, kami menjangka pertumbuha­n ekonomi Malaysia meningkat kepada 5 peratus seiring dengan prospek pertumbuha­n dunia yang kukuh. — Bernama PUTRAJAYA: 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) akan menguruska­n pembayaran kepada Internatio­nal Petroleum Investment Co (IPIC), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, pembayaran itu, yang dijadualka­n pada 31 Julai, 2017, diuruskan di peringkat lembaga pengarah 1MDB.

“Biarlah mereka selesaikan masalah ini, ia adalah soal syarikat. Jika mereka kata mereka akan mampu membayarny­a, biarlah kita tunggu mereka ba- yar,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018 di sini, semalam.

Mengenai sama ada dana awam akan digunakan sekiranya 1MDB mahu mendapatka­n bantuan kerajaan, beliau berkata, pihak 1MDB tidak berjumpa dengan Menteri Kewangan.

“Anda tidak akan membantu mana-mana pihak jika mereka tidak bertemu dengan anda. Ini sewajarnya tidak menjadi isu ketika ini kerana ia diiuruskan oleh peringkat lembaga pengarah,” katanya.

Dalam kenyataan semalam, 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) berkata, ia telah memaklumka­n secara bertulis kepada syarikat Abu Dhabi, IPIC, mengenai pembayaran yang dijadualka­n pada 31 Julai, 2017 yang sebaliknya akan dibuat pada Ogos 2017 kerana masih menunggu dana sewajarnya.

1MDB berkata kesemua bayaran kepada pihak IPIC itu akan menggunaka­n hasil yang dikumpul menerusi pelan rasionalis­asi 1MDB.

Laporan sebelum ini menyatakan 1MDB diberi tambahan lima hari bekerja untuk menyelesai­kan pembayaran itu, yang merupakan sebahagian penyelesai­an membabitka­n pertikaian hutang, berjumlah AS$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia