Utusan Borneo (Sarawak)

MINDA, RSOG anjur Sidang Kemuncak Pengarah Antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Akademi Pengarah Malaysia (MINDA) dan Razak School of Government (RSOG) akan menganjurk­an bersama Sidang Kemuncak Pengarah Antarabang­sa (IDS) di sini pada 21-22 Ogos, 2017.

IDS yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre itu merupakan edisi ketiga dan menjadi forum penting bagi pertukaran idea mengenai dasar dan amalan pengarah korporat secara konstrukti­f dan terbuka, kata MINDA dan RSOG dalam satu kenyataan bersama semalam.

Bertemakan ‘ Enhancing Resilience Through Governance for Sustainabi­lity,’ ( Pemantapan Daya Tahan Menerusi Tadbir Urus Bagi Kemampanan), sidang berkenaan akan dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani manakala majlis penutupnya disempurna­kan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“IDS 2017 akan mengetenga­hkan penceramah dan perantara terkemuka daripada pertubuhan tempatan dan antarabang­sa.

“Ia juga bakal menghimpun­kan pengarah terkemuka tempatan dan serantau yang berkongsi amalan terbaik mereka, saling bertukar idea, mencari jalan penyelesai­an terhadap cabaran dan pada masa sama berkongsi pengalaman demi memastikan kepemimpin­an baik dan boleh dijadikan contoh,” kata kenyataan itu.

Acara itu juga akan memperinci­kan impak perubahan akibat faktor ketidakten­tuan politik, ekonomi dan persekitar­an sosial dalam usaha memastikan perniagaan yang mampan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia