Utusan Borneo (Sarawak)

Larian ‘Wonder Women 2017’ simbolik kekuatan peranan wanita

- Oleh Henrietta Liza

WANITA di negara ini telah membuktika­n bahawa mereka sememangny­a berupaya mendidik generasi muda untuk menjadi satu generasi yang memiliki semua ciriciri yang diperlukan dalam kehidupan yang mencabar era globalisas­i hari ini.

Justeru, pemilihan karektor watak Wonder W o m a n d i l i h a t berpadanan dengan wanita sebagai pemangkin masyarakat yang kuat dan b e r s e - mangat waja.

“Masyarakat pada hari ini telah mengiktira­f peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai aspek pembanguna­n negara iaitu keluarga, masyarakat, ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan sosial yang berpadanan dengan tema larian ‘Wonder Women 2017’,” katanya yang diadakan di Dewan Undangan Negeri Lama (DUN) disini semalam.

Penutupan Majlis Wonder Women 2017 telah dirasmikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib ditemani Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak, Datuk Fatimah Abdullah.

Antara lain penganjura­n larian tersebut bertindak sebagai platform untuk menyalurka­n maklumat kepada masyarakat berkenaan Tabung ‘PPWS Care and Share’ sebagai sumbangan amal tahun 2017 kepada ‘cancer survivor’ seperti Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Sarawak dan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak.

Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan masyarakat yang peka dalam aktiviti dan program amal yang dianjurkan oleh pihak PPWS di samping membentuk komuniti yang mengamalka­n gaya hidup sihat melalui acara larian yang diadakan.

Perkumpula­n Persekutua­n Wanita Sarawak (PPWS), Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Sarawak dan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak masingmasi­ng menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripada Ragad.

Seramai 750 peserta te- lah menyertai larian tersebut yang dipertandi­ngkan dalam dua kategori iaitu 3.5km dan 5.5km.

Ragad turut menyertai simbolik melepaskan acara 1.5km yang dijalankan bersama peserta dan ahli jawatankua­sa Wonder Women 2017, barubaru ini.

Sementara itu, upacara melepaskan peserta larian sejauh 5.5km pula telah dilaksanak­an oleh Nancy, manakala pelepasan peserta larian 3.5km dilakukan oleh Fatimah.

Sebelum pertanding­an dimulakan pada jam 6.30 pagi, para peserta turut diberi peluang untuk menyertai tarian Zumba yang diketuai oleh pasukan zumba dari UiTM Sarawak.

Cabutan bertuah turut diadakan sambil disaksikan pengerusi pengelola larian Wonder Woman 2017 Salbiah Abdullah dan Pengerusi PPWS Sarawak Norjanah Razali.

 ??  ?? LANGKAH WANITA: Ragad (tengah) ditemani tetamu jemputan bersama-sama menyertai acara 1.5km larian Wonder Women 2017. TETAP CERGAS: Peserta sempat merakam kenangan walaupun penat menyertai larian. TERIMA KASIH: Para penerima sumbangan bergambar bersama...
LANGKAH WANITA: Ragad (tengah) ditemani tetamu jemputan bersama-sama menyertai acara 1.5km larian Wonder Women 2017. TETAP CERGAS: Peserta sempat merakam kenangan walaupun penat menyertai larian. TERIMA KASIH: Para penerima sumbangan bergambar bersama...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LEPAS PENAT: Sebilangan para peserta berkumpul bersama-sama rakan taulan dan sanak saudara selepas menyertai larian Wonder Woman 2017.
LEPAS PENAT: Sebilangan para peserta berkumpul bersama-sama rakan taulan dan sanak saudara selepas menyertai larian Wonder Woman 2017.
 ??  ?? DITAJA: Ragad dan tetamu kehormat lain menikmati minuman tajaan Milo.
DITAJA: Ragad dan tetamu kehormat lain menikmati minuman tajaan Milo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia