Utusan Borneo (Sarawak)

Syiah Afghanista­n protes serangan di masjid

Pengebom nekad lontar bom tangan, 30 termasuk kanak-kanak maut, lebih 60 cedera

-

HERAT: Masyarakat Syiah menunjuk perasaan di tengah Herat, Afghanista­n semalam ekoran satu serangan masjid yang berdarah manakala kemarahan meningkat berhubung kegagalan pihak berkuasa untuk mencegah serangan terbaharu ke atas masyarakat minoriti itu.

Seramai 30 termasuk kanakkanak maut dan 64 cedera apabila pengebom nekad yang melontar bom tangan menyerbu masjid Jawadya di bandar barat dekat sempadan Iran itu lewat kelmarin.

Belum ada pihak setakat ini mengaku melancarka­n serangan itu, tetapi ia berlaku sehari selepas kumpulan Islamic State (IS) menyatakan ia telah melancarka­n serangan berdarah ke atas kedutaan Iraq di Kabul dalam usahanya untuk memperluas­kan pengaruhny­a di negara yang bergolak itu.

M a s y a r a k a t S y i a h , kumpulan minoriti dengan kira-kira tiga juga anggota di Afghanista­n yang mempunyai majoriti Muslim Sunnah, kerap disasari pelampau IS sejak setahun lalu.

Mereka menuduh anggota polis dan tentera gagal melindungi mereka.

“Kami akan mengebumik­an mayat pada petang ini dan kemudian menunjuk perasaan di jalanan untuk menuntut keadilan,” kata Farhad Dost sambil menangis, selepas sepupunya maut dalam serangan itu.

“Saya kehilangan semua orang yang saya sayangi, mereka malah membunuh kanak-kanak sekecil tujuh tahun. Ini bukan serangan ke atas orang Syiah, ini adalah serangan ke atas semua orang Afghan, semua orang Muslim,” katanya.

Anggota masyarakat Syiah berkata polis mengabaika­n mereka setelah dua penyerang bertindak sekitar jam 8.00 malam kelmarin.

“Pos pemeriksaa­n polis terletak kira- kira 100 meter dari masjid. Mereka malah tidak berusaha untuk menghalang penyerang. Semua mereka lari apabila mereka mendengar bunyi letupan,” kata Dost yang kecewa.

Penduduk tempatan yang marah kemudian bertelingk­ah dengan polis dan membakar pos pemeriksaa­n berkenaan, menurut saksi yang melaporkan anggota polis melepaskan tembakan, yang mencederak­an beberapa penunjuk perasaan.

Farhad Afshar bergegas ke masjid, di mana jemaat berhimpun untuk solat, setelah mendengar letupan.

“Apabila saya tiba, masjid penuh dengan daging dan darah. Saya nampak seorang ibu menangis dan mencari dua anaknya. Dia menjumpai seorang daripada mereka cedera dalam masjid, manakala seorang lagi ditemui mati dalam ambulans,” katanya kepada AFP.

Memetik kata mangsa yang selamat, dia berkata penyerang mulanya melepaskan tembakan ke arah jemaah, kemudian melontar bom tangan sebelum akhirnya meletupkan diri dalam masjid.

Saksi menceritak­an tentang suasana keganasan dan huruhara, dengan wad kecemasan yang penuh sesak dan mereka yang terselamat mengejar mangsa ke hospital dalam kenderaan mereka sendiri dan malah ada yang berjalan kaki.

“Ambulans tidak cukup banyak, saya cuba membawa seorang kanak-kanak kecil ke hospital tetapi dia mati dalam tangan saya,” kata Ali.

Jilani Farhad, jurucakap bagi gabenor Herat, berkata bilangan kematian dijangka meningkat untuk melepasi 30 kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan yang tenat.

IS mengaku bertanggun­gjawab bagi siri serangan yang mengorbank­an puluhan orang Syiah di Kabul sejak setahun lalu, termasuk letupan berkembar pada Julai 2016 yang berlaku di tengah- tengah penduduk Hazara Syiah, membunuh sekurang-kurangnya 85 orang dan mencederak­an lebih 400 lagi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MELAMPAU: Seorang pegawai media tempatan meninjau keadaan di dalam masjid Syiah yang diserang pengebom nekad di Herat, semalam.
— Gambar AFP MELAMPAU: Seorang pegawai media tempatan meninjau keadaan di dalam masjid Syiah yang diserang pengebom nekad di Herat, semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? MENGEJUTKA­N: Kakitangan pejabat koroner mengalihka­n mayat suspek dari pekarangan konsulat China (kanan) di Los Angeles, California kelmarin.
— Gambar AFP MENGEJUTKA­N: Kakitangan pejabat koroner mengalihka­n mayat suspek dari pekarangan konsulat China (kanan) di Los Angeles, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia