Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua pembangkan­g NZ sasaran seksisme

-

WELLINGTON: Ketua pembangkan­g yang baharu dilantik di New Zealand, Jacinda Ardern, diheret ke dalam perbalahan seksisme semalam setelah ditanya sama ada melahirkan bayi akan menjejaska­n peluangnya untuk menjadi perdana menteri ataupun tidak.

Hanya sehari sahaja selepas memulakan kerja baharunya bersama Parti Buruh yang berhaluan kiri tengah, wanita berusia 37 tahun itu sudah ditanya dua kali dalam dua temu ramah berasingan sama ada dia berhasrat untuk menjadi seorang ibu ataupun tidak.

Ardern menjawab dengan berbudi bahasa kepada soalan awal, dan memberi jawapan yang tidak memberikan sebarang komitmen dengan menyatakan ia adalah dilema yang dihadapi ramai wanita berkerjaya.

“Saya tidak menentukan terlebih dahulu sebarang perkara itu, sama seperti kebanyakan wanita di luar sana yang hanya menjayakan kehidupan mereka,” katanya kepada TV3.

Namun beliau terasa apabila diberitahu dalam rangkaian yang sama bahawa rakyat New Zealand berhak untuk mengetahui rancangann­ya bagi keibubapaa­n sebelum mereka membuat keputusan sama ada untuk memilihnya sebagai perdana menteri atau pun tidak.

Ardern berkata kaum wanita seharusnya diambil bekerja berdasarka­n kelayakan mereka, tanpa mengambil kira rancangan mereka untuk melahirkan bayi.

“Ia sama sekali tidak dapat diterima pada 2017 untuk menyatakan wanita seharusnya perlu menjawab soalan itu di tempat kerja,” katanya.

“Ia adalah keputusan si wanita tentang bila mereka memilih untuk melahirkan anak. Ia tidak harus menentukan terlebih dahulu sama ada mereka mendapat pekerjaan atau tidak.”

Soalan yang dibuat oleh pemain kriket yang menjadi pengacara TV Mark Richardson menceriaka­n media sosial, dan ramai pengulas berkata orang lelaki tidak akan berdepan dengan pertanyaan seperti itu.

“Secara jujur, sama ada seseorang wanita itu berhasrat untuk melahirkan anak atau tidak bukan urusan mereka,” kata Pesuruhjay­a Hak Asasi Manusia New Zealand, Jackie Blue.

“Lagi pun, ia menyalahi undang- undang untuk mengajukan soalan tersebut kerana ia melanggar Akta Hak Asasi Manusia.”

Kumpulan hak asasi manusia Women Aoterearoa NZ tweet: “Ya banyak kerja untuk dibuat – seksisme perlu dihapuskan.”

Satu tinjauan dalam talian dalam laman sesawang New Zealand Herald pantas menarik lebih 9,000 respons, dengan 65 peratus yang menyokong Ardern.

Madeleine Holden, seorang pengulas dalam laman sesawang budaya pop thespinoff. co. nz, berkata ia adalah satu “perdebatan mundur” yang mengalih fokus dari dasar Ardern.

“Bertanya kepada Ardern tentang rancangann­ya untuk melahirkan anak secara tersirat mengukuhka­n pendapat seksis bahawa peranan utama wanita adalah keibuan, tidak kira betapa berjayanya dia dalam bidang lain,” dia menulis.

Ardern mengambil- alih kepimpinan dari Andrew Littlekelm­arinsetela­htinjauan pendapat menunjukka­n Parti Buruh bakal berdepan dengan bencana di pilihan raya umum pada 23 September.

Beliau akan cuba menghalang Perdana Menteri Bill English daripada memenangi penggal keempat bagi perikatan yang diketuai Parti Nasional yang berhaluan kanan tengah. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TEGAS: Ardern (tengah) bercakap kepada media sambil diperhatik­an anggota parti di Wellington, kelmarin.
— Gambar Reuters TEGAS: Ardern (tengah) bercakap kepada media sambil diperhatik­an anggota parti di Wellington, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia