Utusan Borneo (Sarawak)

Protes maut di konsulat China LA

-

LOS ANGELES: Seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah konsulat China di Los Angeles pada pagi kelmarin, sebelum dia membunuh diri dalam keretanya yang berdekatan, kata polis.

Tiada kecederaan lain berlaku dalam serangan itu, yang berlaku sekitar jam 6 pagi sebelum konsulat dibuka untuk hari itu, kata Pegawai Michael Lopez dari Jabatan Polis Los Angeles.

“Banyak das tembakan memberi impak ke atas konsulat China,” kata Lopez.

Lopez berkata lelaki tersebut dijumpai mati dalam keretanya akibat luka tembakan sendiri.

Konsulat China, dalam satu kenyataan ringkas berkata, ia amat bimbang mengenai insiden itu dan meminta Amerika Syarikat ( AS) mengambil semua langkah perlu untuk melindungi keselamata­n bangunan dan diplomat yang bekerja di sana.

China juga meminta AS menyiasat apa yang telah berlaku, tambahnya.

Pihak berkuasa tidak segera mengenal pasti lelaki bersenjata itu dan tidak ada banyak maklumat lain mengenai insiden itu. Lopez berkata polis biasanya tidak mengeluark­an maklumat mengenai kejadian bunuh diri.

Agensi berita kerajaan China, Xinhua, melaporkan lelaki bersenjata itu dalam lingkungan usia 60-an dan dipercayai mempunyai penampilan Asia, menurut pegawai konsulat yang memetik polis.

Laporan turut memetik kakitangan keselamata­n konsulat sebagai berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan sekurang-kurangnya 17 kali, menyebabka­n lubang peluru pada tingkap dan bahagian hadapan bangunan konsulat.

Pada 2011 seorang warga AS yang berasal dari China ditangkap setelah polis berkata dia melepaskan tembakan di bangunan yang sama dengan sepucuk pistol dan tiada kecederaan berlaku dalam insiden itu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia