Utusan Borneo (Sarawak)

Kelasi AS hilang

-

TOKYO: Tentera laut Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang mencari seorang kelasi Amerika yang hilang sewaktu latihan bersama di Laut China Selatan, kata pegawai semalam.

“Pesawat dan kapal Tentera Laut AS dan Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun sedang mencari seorang kelasi dari kapal USS Stethem yang dilaporkan hilang ketika kapal tersebut menjalanka­n operasi rutin di Laut China Selatan” pada awal kelmarin, ArmadaKetu­juhASmenye­but dalam satu kenyataan.

“Beberapa usaha mencari dijalankan di dalam kapal tetapi tidak dapat mengesan kelasi itu,” katanya.

Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun, tentera laut negara tersebut, mengesahka­n dua kapalnya serta helikopter terlibat operasi mencari itu.

K e d u a - d u a n e g a r a membatalka­n operasi rutin bersama untuk memberi tumpuan kepada usaha mencari, kata jurucakap tentera laut Jepun.

Insiden itu berlaku beberapa minggu selepas tujuh kelasi Amerika maut apabila kapal pemusnah Tentera Laut yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kapal kargo yang mengibarka­n bendera Filipina di satu terusan perkapalan yang sibuk di perairan pantai Jepun.

Berusia 19 hingga 37 tahun, kelasi-kelasi tersebut dijumpai penyelam dalam tempat tidur yang dimasuki air sehari selepas pelanggara­n menyebabka­n lubang besar pada tepi badan kapal USS Fitzgerald.

Tentera laut Jepun dan AS mengadakan latihan di Laut China Selatan yang menjadi rebutan ketika Beijing semakin mempamerka­n ketegasan dalam tuntutan maritim di rantau ini.

China turut terlibat dalam perebutan wilayah yang menggelega­k dengan Tokyo berhubung pulau-pulau yang menjadi rebutan di Laut China Timur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia