Utusan Borneo (Sarawak)

Kolera ancam anak kebuluran Yaman

Lebih sejuta kanak-kanak kekurangan zat menjadi mangsa konflik di negara itu

-

LONDON: Lebih sejuta kanak-kanak berusia bawah lima tahun yang kekurangan zat makanan di Yaman hidup dalam kawasan dengan tahap kolera yang tinggi, kata badan kebajikan ‘Save The Children’ semalam ketika ia mula menghantar lebih ramai pakar kesihatan ke kawasan paling teruk terjejas.

Usaha dipertingk­atkan selepas perangkaan terbaharu menunjukka­n wabak kolera yang membawa kematian setelah ia bermula pada April 2015 telah menjangkit­i lebih 425,000 orang dan membunuh hampir 1,900 lagi.

‘Save the Children’ berkata kanak-kanak di bawah usia 15 tahun kini meliputi kira-kira 44 peratus kes baharu dan 32 peratus kematian di Yaman di mana perang saudara dan kejatuhan ekonomi meletakkan jutaan penduduk di ambang kebuluran.

“T r a g e d i n y a i a l a h malnutrisi dan kolera mudah dirawat jika ada akses kepada penjagaan kesihatan asas,” kata Tamer Kirolos, Pengarah Wilayah ‘Save the Children’ bagi Yaman.

“Namun hospital dan klinik sudah musnah, pekerja kesihatan kerajaan tidak dibayar gaji sejak hampir setahun dan penghantar­an bantuan penting dihalang.”

Kolera, yang tersebar melalui pengambila­n makanan atau air yang dicemari ‘vibrio cholerae bacterium’, membunuh dalam masa beberapa jam jika tidak dirawat.

Wabak kolera mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada minggu lepas untuk meminda penilaian kemanusiaa­nnya dan ia sekarang mengira 20.7 juta warga Yaman memerlukan bantuan, naik daripada jumlah sebelum ini seramai 18.8 juta orang dalam populasi seramai 28 juta orang.

Oxfam meramalkan jumlah orang yang dijangkiti kolera dapat meningkat kepada lebih 600,000, jumlah terbesar pernah direkodkan di manamana negara dalam masa setahun sejak rekod bermula, mengatasi Haiti pada 2011.

‘Save the Children’ berkata ia kini mengusahak­an 14 pusat rawatan kolera dan lebih 90 unit hidrat semula di seluruh Yaman tetapi meningkatk­an tindakanny­a dan menghantar lebih ramai pakar kesihatan ke kawasan paling teruk terjejas.

Badan kebajikan itu berkata analisis baharu ke atas data peringkat daerah mendapati lebih sejuta kanak- kanak kurang zat berusia di bawah lima tahun, termasuk 200,000 dengan malnutrisi akut teruk, tinggal di zon kolera.

Jutaan kekurangan zat makanan di Yaman di mana kebuluran bakal berlaku, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pakatan Arab Saudi campur tangan dalam perang saudara di Yaman pada 2015, untuk menyokong tentera kerajaan yang menentang pemberonta­k Huthi yang bersekutu dengan Iran dan menentang had akses pekerja bantuan. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? MANGSA KONFLIK: Gambar fail 15 Mei lalu menunjukka­n seorang ibu menyalurka­n cecair hidrat semula kepada bayinya yang kekurangan zat di pusat rawatan kolera di Sanaa.
— Gambar Reuters MANGSA KONFLIK: Gambar fail 15 Mei lalu menunjukka­n seorang ibu menyalurka­n cecair hidrat semula kepada bayinya yang kekurangan zat di pusat rawatan kolera di Sanaa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia