Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas kekasih dalam peti

-

YOUNGSTOWN: Seorang l elaki Ohio dituduh menyimpan mayat dipercayai bekas teman wanitanya yang hilang dalam peti sejuk beku yang dibeli bersama teman wanita baharu yang tinggal bersamanya, menurut aduan jenayah di mahkamah kelmarin.

Selepas Katrina Layton berpindah masuk bulan lepas bersama Arturo Novoa di Youngstown, Ohio, dia mula menggunaka­n telefon mangsa, memandu keretanya dan menjaga anjingnya, menurut laporan polis.

Layton dan Novoa didakwa atas tuduhan melakukan kesalahan ke atas mayat, yang dijumpai Sabtu lepas dalam beberapa beg di dalam peti sejuk beku oleh isteri pemilik rumah Novoa.

Novoa meminta pemilik rumah memindahka­n peti itu ke bilik bawah tanah kerana tenaga elektrik telah ditutup dan dia tidak mahu peti sejuk bekunya penuh dengan daging yang akan rosak, menurut laporan polis itu.

Isteri pemilik rumah itu curiga selepas melihat peti itu dikunci dengan mangga, lalu memutuskan untuk memecahkan­nya.

Mangsa, Shannon Graves, dilaporkan hilang pada 22 Jun, tetapi kali terakhir rakan sekerja atau anggota keluarga melihatnya adalah pada Februari, kata pejabat pendakwa Youngstown.

Penyiasat percaya mayat Graves telah disimpan di dalam peti itu, tetapi pemeriksa perubatan daerah Cuyahoga belum mengesahka­n identiti mayat dan punca kematian, kata pejabat pendakwa.

“Pada asasnya Layton tinggal bersama Novoa dan mulai menjalani kehidupann­ya,” kata pendakwa, Dana Lantz, dalam temu ramah telefon.

“Dia tidak menonjolka­n diri sebagai Shannon, dia hanya menjalani kehidupan mangsa, menggunaka­n telefonnya, menjaga anjingnya.”

Layton memberitah­u polis, dia membeli peti sejuk berkenaan dari sebuah kedai Walmart pada awal Julai lalu, dan membekalka­n tali sambungan untuk disambung pada bangunan Novoa.

Pasangan itu kini meringkuk di dalam penjara dan masih belum melantik peguam, kata Lantz.

Mereka dijadual pergi ke mahkamah Isnin minggu depan, kata Lantz, dan boleh berdepan dengan tuduhan tambahan selepas identiti mayat disahkan oleh pihak berkuasa susulan bedah siasat rasmi. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia