Utusan Borneo (Sarawak)

Lula dibicara kali keenam

-

SAO PAULO: Bekas presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, yang sudah didapati bersalah atas tuduhan rasuah, kini berdepan perbicaraa­n keenamatas­tuduhanber­kaitan skim habuan politik, hakim mengarahka­n kelmarin.

Hakim persekutua­n menyebut, Lula didakwa menerima 1 juta reais dalam bentuk barang perhiasan di rumah desa, sebagai balasan bagi bantuan politik daripada bekas pemimpin itu.

Siasatan ‘Cuci Kereta’ itu memberi tumpuan kepada rasuah berbilion dolar yang dibayar beberapa perniagaan terbesar di Brazil sebagai balasan bagi kontrak lumayan di syarikat kerajaan.

E k s e k u t i f s y a r i k a t pembinaan Odebrecht SA dan firma kejurutera­an OAS SA berkata dalam perjanjian tawaran pengakuan bahawa mereka membuat penambahba­ikan di rumah itu ke utara Sao Paulo.

Lula kerap menyatakan beliau tidak membuat sebarang kesalahan dalam skim berkenaan, yang sudah menyaksika­n lebih 100 ahli politik, ahli perniagaan dan lain- lain meringkuk di penjara, empat bekas presiden dalam siasatan dan pemimpin semasa Michel Temer turut didakwa atas tuduhan menerima rasuah.

Lula didapati bersalah bulan lepas dan dijatuhi hukuman penjara hampir 10 tahun kerana menerima rasuah 3.7 juta reais daripada firma kejurutera­an OAS, yang menurut pendakwa dibelanjak­an syarikat itu untuk menghiasi pangsapuri pantai Lula sebagai balasan bagi kontrak dengan syarikat minyak kerajaan Petroleo Brasileiro. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia