Utusan Borneo (Sarawak)

IBU MAUT, BAYI 54 HARI PARAH DALAM KEMALANGAN

-

MIRI: Seorang ibu berusia 23 tahun yang baharu sahaja menimang cahaya mata Jun lepas maut setelah kereta dinaikinya bersama suami dan bayi terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jambatan Sungai Tukau Putus, Jalan Bakam, di sini, malam kelmarin (2 Ogos).

Mangsa dikenali sebagai Fatin Liyana Jafri dari Kampung Bakam dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Miri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit berkata, bayi baharu berusia 54 hari itu mengalami pendarahan di kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala suami mangsa yang turut cedera masih dirawat di hospital.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu suami mangsa menghala dari arah pusat bandar ke Bakam cuba memotong sebuah motosikal dan hilang kawalan.

“Kereta tersebut terbabas ke arah bertentang­an sebelum bertembung dengan kereta pacuan empat roda menghala ke pusat bandar,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Kemalangan menyebabka­n hentaman kuat pada sisi kereta mangsa dan bahagian hadapan pacuan empat roda tersebut.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, semasa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) tiba di lokasi kejadian mereka mendapati terdapat dua mangsa tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

“Skuad Alpha APM lalu meminta bantuan bomba untuk mengeluark­an mangsa yang tersepit.

“Kedua-dua mangsa tersepit berjaya dikeluarka­n manakala bayi dikeluar awal oleh orang awam yang berada di situ dan dibawa ke hospital,” katanya.

Selain itu, dua lagi mangsa berada di kereta pacuan empat roda hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaa­n oleh ahli keluarga yang turut berada di tempat kejadian.

Menurut Stanley, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? USAHA MENYELAMAT: Anggota bomba dan APM berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kenderaan.
USAHA MENYELAMAT: Anggota bomba dan APM berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia