Utusan Borneo (Sarawak)

SEKOLAH DAIF DINAIK TARAF

Pembinaan bangunan baharu itu menelan kos berjumlah RM90 juta, kata Khair

- Oleh Rusnan Mustafa

Sebanyak 30 sekolah daif dinaik taraf di Sarawak pada tahun ini menggunaka­n kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

BAU: Sebanyak 30 sekolah daif dinaik taraf di Sarawak pada tahun ini menggunaka­n kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, pembinaan bangunan baharu yang mengguna pakai kaedah IBS itu menelan kos berjumlah RM90 juta.

“Sebanyak RM90 juta diperuntuk­kan bagi membina bangunan baharu mengikut keperluan sekolah di Sarawak iaitu melibatkan jumlah sebanyak 30 sekolah yang telah diluluskan bagi tahun ini.

“Fasa pertama pembinaan telah bermula April lalu dengan enam daripadany­a sudah siap sepenuhnya mengikut jadual ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Serasot, Bau di sini semalam.

Pada masa sama Khair

Sebanyak RM90 juta diperuntuk­kan bagi membina bangunan baharu mengikut keperluan sekolah di Sarawak iaitu melibatkan jumlah sebanyak 30 sekolah yang telah diluluskan bagi tahun ini. Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

menjelaska­n bahawa penggunaan kaedah IBS dalam membina bangunan sekolah daif di Sarawak itu memberi impak positif dari segi tempoh projek dan kos.

“Bagi SK Serasot yang mempunyai enam bilik darjah dan satu bilik sains menelan belanja sebanyak RM2.3 juta yang mana projek ini bermula April lalu dan dijadual siap hujung Ogos tetapi ia siap lebih awal daripada tempoh dijadualka­n.

“Ini membolehka­n murid dan guru di sini dapat menggunaka­n bangunan sekolah baharu ini lebih cepat dan pada masa sama kualiti binaan tetap dikekalkan,” jelasnya.

Selain SK Serasot, Bau, sekolah lain yang turut dinaik taraf dan telah siap ialah SK Grogo, Bau dan SK Selepong, Sri Aman.

Ditanya jika ada penambahan dari segi jumlah sekolah daif yang akan dibina baharu di negeri ini, Khair berkata pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri menerusi senarai sekolah yang diberi tumpuan bagi fasa berikutnya.

Difahamkan pada tahun lalu, sebanyak 20 sekolah daif di negeri ini telah dinaik taraf menggunaka­n kaedah sama.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Ketua Setiausaha Pembanguna­n Pendidikan Datuk Seri Azmi Lateh, Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Rakayah Madon, Guru Besar SK Serasot Bau Les Met dan tetamu kehormat lain.

 ??  ??
 ??  ?? SIAP: Khair (kanan) meninjau bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Serasot, Bau.
SIAP: Khair (kanan) meninjau bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Serasot, Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia