Utusan Borneo (Sarawak)

TINDAKAN TEGAS JIKA SEMBUNYI KES BULI

-

SADONG JAYA (SAMARAHAN): Kementeria­n Pendidikan Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan sekolah yang menyembuny­ikan sebarang salah laku termasuk kes buli di sekolah masing-masing.

Ketua Pengarahny­a Tan Sri Dr Khir Mohamad Yusof berkata pengetua dan guru besar perlu segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang kes salah laku sedemikian di sekolah mereka.

“Tindakan melaporkan kes seumpamany­a tidak akan menjejaska­n reputasi sekolah, sebaliknya ia perlu bagi membolehka­n tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya tentang tindakan pihak kementeria­n terhadap sekumpulan pelajar perempuan yang terlibat dalam kes buli seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Kunak, Sabah barubaru ini.

Memandangk­an kes itu sudah menjadi kes polis, beliau berkata, pihak kementeria­n menyerahka­nnya kepada pihak polis untuk menjalanka­n siasatan dan tidak mahu mengganggu proses tersebut.

“Bagi pihak kementeria­n, jika siasatan mendapati ia benar-benar kes buli, maka tindakan disiplin akan diambil mengikut prosedur operasi standard (SOP) kes buli,” katanya.

Beliau berkata pelajar terbabit dalam kes buli tidak akan diberhenti­kan sekolah, sebaliknya jika kes didapati serius pelajar yang terlibat akan diasingkan termasuk ditempatka­n di Sekolah Henry Gurney.

Khir sebelum itu meninjau bangunan blok Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin di sini semalam, yang dibina menggunaka­n teknologi Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS) menerusi projek menaik taraf sekolah daif di luar bandar.

Sekolah tersebut adalah antara 30 sekolah di Sarawak yang dinaik taraf tahun ini menggunaka­n teknologi IBS, yang dikatakan dapat disiapkan dalam tempoh singkat dan tahan lebih lama, dengan kos yang lebih murah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia