Utusan Borneo (Sarawak)

Kongres Brazil tolak tuduhan rasuah terhadap Temer

-

BRASILIA: Penggubal undang-undang Brazil kelmarin menolak tuduhan rasuah terhadap Presiden Michel Temer yang dihantui skandal, untuk menyelamat­kan pemimpin haluan kanan tengah itu daripada menjadi pemimpin kedua negara dalam tempoh 12 bulan yang terpaksa meletak jawatan.

Walaupun dituduh dengan dakwaan rasuah yang amat memalukan, Temer memang dijangka akan terselamat. Namun kemenangan­nya yang mudah mengejutka­n pada waktu Brazil berada di kemuncak siasatan antirasuah­nya yang terbesar dalam sejarah, digelar ‘Cuci Kereta’.

Dewan rakyat dalam Kongres memerlukan majoriti dua pertiga untuk meluluskan perbicaraa­n di Mahkamah Agung, manakala Temer memerlukan hanya satu pertiga, atau 172 ahli, sama ada untuk menyokongn­ya atau berkecuali dan membatalka­n tuduhan itu.

Pada akhirnya, beliau memperoleh­i 263 daripada 513 undi dalam proses di mana penggubal undang-undang mengundi seorang demi seorang, dan membuat kenyataan ringkas dan selalunya emosional secara langsung dalam televisyen kebangsaan. Jumlah itu adalah lebih daripada separuh daripada seluruh dewan.

Temer menyifatka­nnya sebagai satu kemenangan “yang jelas dan tidak dapat dipertikai­kan”.

Temer, seorang veteran yang amat tidak popular dari parti pemerintah haluan kanan tengah PMDB, dituduh menerima rasuah daripada seorang eksekutif industri pembungkus­an daging. Beliau adalah presiden memerintah pertama yang menghadapi tuduhan jenayah.

Jika Kongres meluluskan perbicaraa­n dan Mahkamah Agung menerimany­a, beliau akan digantung selama 180 hari dan speaker dewan rakyat akan menjadi presiden sementara.

Penentang berhaluan kiri berharap skandal itu dapat menumbangk­an Temer dan menghentik­an pembaharua­n berjimat- cermat dalam ekonomi yang telah mencetuska­n protes ganas, tetapi menurut Temer dapat menyelamat­kan ekonomi selepas kemeleseta­n selama dua tahun.

Golongan haluan kiri juga mahu membalas dendam selepas beliau bangkit untuk memegang kuasa setahun lalu, apabila sekutunya dalam Kongres mengusir presiden haluan kiri Dilma Rousseff dalam satu perbicaraa­n pendakwaan oleh Parlimen kerana melanggar peraturan bajet. Temer, naib presiden Rousseff dalam perikatan yang goyah, segera mengambil alih kuasa.

Perdebatan kelmarin diganggu beberapa kali oleh jeritan dan pergelutan yang berlaku sekali sekala, yang menggambar­kan perpecahan di seluruh Brazil.

Kemenangan itu bukan bermakna masalah Temer sudah berakhir.

Pendakwa tertinggi Rodrigo Janot dijangka akan memfailkan sekurang-kurangnya satu lagi tuduhan jenayah, termasuk bagi kesalahan menghalang keadilan, dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Penentang juga sudah berikrar untuk mengadakan tunjuk perasaan baharu menentang reformasi ekonomi.

Namun Temer meraikan kejayaanny­a dan berkata “kita sedang mengeluark­an Brazil dari krisis ekonominya yang terburuk dalam sejarah kita”, katanya.

“Saya mahu melengkapk­an transforma­si terbesar yang pernah dilakukan di negara kita.”

Dalam tuduhan sekarang, Temer didakwa bersetuju untuk menerima rasuah bernilai jutaan dolar daripada syarikat pembungkus­an daging gergasi JBS.

Pendakwa operasi ‘ Cuci Kereta’ berkata persetujua­n yang didakwa adalah tipikal bagi penggelapa­n wang dan rasuah sistemik pada peringkat tertinggi dalam dunia perniagaan besar dan politik Brazil.

Puluhan penggubal un- dang-undang, lapan menteri dan bekas presiden Lula telah dijatuhkan oleh operasi ‘Cuci Kereta’.

Apa yang berbeza pada kali ini ialah Temer sendiri menjadi sasaran.

Dalam bukti paling ketara, seorang pembantu kanan dirakamkan oleh polis sedang berlari di tengah Sao Paulo dengan sebuah beg pakaian yang mengandung­i matawang reais Brazil bernilai AS$ 150,000 ( RM675,000) - wang yang menurut pendakwa telah dihantar kepada Temer.

Dalam siasatan berasingan, pendakwa menyebut tentang pertemuan larut malam yang dirakamkan secara sulit di antara Temer dengan salah seorang pemilik JBS, Joesley Batista. Dalam rakaman itu, Temer didakwa kedengaran meluluskan pembayaran wang untuk menutup mulut kepada seorang bekas ahli politik kanan yang disabit kesalahan atas tuduhan rasuah, Eduardo Cunha.

Batista memberi rakaman itu kepada pendakwa sebagai sebahagian daripada kerjasaman­ya dalam satu perjanjian pengakuan, satu daripada banyak perjanjian yang digunakan oleh penyiasat ‘Cuci Kereta’ untuk membina kes-kes rasuah.

Temer menafikan menerima rasuah dan berkata rakaman sulit itu tidak termasuk sebarang perkara yang membabitka­nnya.

Beliau ternyata seorang ahli politik yang licik dalam landskap politik Brazil yang toksik, dengan menampilka­n diri sebagai seseorang yang berjaya dalam usaha menerajui reformasi pasaran untuk melonjakka­n semula ekonomi yang dilumpuhka­n oleh kemeleseta­n. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PROTES: Anggota polis berkawal di luar Kongres Kebangsaan ketika penunjuk perasaan memprotes keputusan Kongres menolak tuduhan Temer menerima rasuah daripada eksekutif industri pembungkus­an daging di Brasilia, Brazil, kelmarin.
— Gambar AFP PROTES: Anggota polis berkawal di luar Kongres Kebangsaan ketika penunjuk perasaan memprotes keputusan Kongres menolak tuduhan Temer menerima rasuah daripada eksekutif industri pembungkus­an daging di Brasilia, Brazil, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia