Utusan Borneo (Sarawak)

KEMENANGAN PENYUNTIK SEMANGAT

Posa puji aksi pemain tewaskan Selangor 2-1, mahu pemain kekal momentum serupa dalam Liga Super

-

KUCHING: Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais memuji aksi pemain susulan kejayaan menewaskan Selangor 2-1 dalam kempen Piala Malaysia 2017 di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang kelmarin.

Menurutnya, meskipun Sarawak telah tersingkir daripada saingan, kemenangan tersebut tetap penting bagi menyuntik semangat pemain untuk mengharung­i baki perlawanan Liga Super.

Justeru, Posa mahu pemain mengekalka­n momentum serupa kerana mereka masih perlu melunaskan satu lagi m i s i pe n t - ing iaitu memast i k a n Sa r a w a k kekal dalam saingan Liga Super.

“Kredit kepada pemain selepas berjaya menewaskan Selangor. Sememangny­a kemenangan kelmarin cukup penting untuk menyuntik semangat pemain menghadapi baki perlawanan Liga Super.

“Saya harap mereka dapat mengekalka­n momentum kemenangan apabila kita menentang Pulau Pinang di Stadium Negeri pada Sabtu ini (5 Ogos),” ujar Posa semalam. Tegasnya, Sarawak tidak mempunyai pilihan lain melainkan perlu menewaskan Pulau Pinang pada Sabtu ini untuk membuka semula peluang kekal dalam sa i n g a n Liga Super tahun depan. P a d a perlawanan kelmarin, Selangor terlebih dahulumemb­uka jaringan menerusi tandukan cantik penyerang import, Ukah Ugochukwu pada minit ke-37. Namun, Sarawak berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mateo Roskam pada minit ke-52. Pemain import tengah, Milos Raickovic muncul wira Sarawak dengan merembat masuk gol kemenangan pada minit ke-65.

Ia kemenangan pertama skuad Bujang Senang kendalian Pengiran Bala dalam kempen Piala Malaysia untuk membolehka­n mereka mengumpul empat mata daripada lima perlawanan.

Sarawak akan menamatkan aksi peringkat Kumpulan D dengan menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 9 September depan.

Kredit kepada pemain selepas berjaya menewaskan Selangor. Sememangny­a kemenangan kelmarin cukup penting untuk menyuntik semangat pemain menghadapi baki perlawanan Liga Super. Datuk Posa Majais Presiden FAS

 ??  ??
 ?? Oleh Harry Ilias — Gambar Bernama ?? SENGIT: Roskam (tengah) dikawal ketat Ugochukwu (kiri) pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang.
Oleh Harry Ilias — Gambar Bernama SENGIT: Roskam (tengah) dikawal ketat Ugochukwu (kiri) pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang.
 ??  ??
 ??  ?? POSA
POSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia