Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas ditipu

Mangsa ditipu tiga individu tawar bantuan dapatkan bantuan e-Kasih

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Teruja dengan tawaran mendapat bantuan e-Kasih, seorang wanita warga emas mengalami kerugian sekitar RM1,530 setelah dipercayai menjadi mangsa tipu kepada dua lelaki dan seorang wanita kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, jam 8.50 pagi, mangsa berusia 60 tahun dari Sungai Selidap, Sarikei telah didatangi dua lelaki dan seorang wanita di terminal bas di Jalan Wharf.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superinten­den Mat Jusoh Mohamad berkata, pada masa tersebut, dua lelaki dan seorang wanita tersebut telah memberikan tawaran bantuan kepada mangsa untuk mendaftar e-Kasih.

“Kemudianny­a, mangsa dikehendak­i untuk mengikuti mereka dengan menggunaka­n sebuah kereta ke pejabat kerajaan di Wisma Jubli Mutiara,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini semalam.

Jelasnya, ketika dalam

Kemudian, mangsa dikehendak­i mengikut mereka dengan menaiki sebuah kereta ke pejabat kerajaan di Wisma Jubli Mutiara. Superinten­den Mat Jusoh Mohamad Ketua Polis Daerah Sarikei

perjalanan, mangsa diminta menanggal barangan peribadi dan ditinggalk­an di dalam kereta. Setelah tiba di bangunan Wisma Jubli Mutiara, mangsa diarah turun untuk urusan selanjutny­a

“Mangsa telah menuruti arahan mereka dan sebaik sahaja selesai berurusan mangsa telah pergi semula ke tempat letak kereta dan mendapati kereta dinaikinya bersama dengan dua lelaki dan seorang wanita telah hilang,” katanya.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mendakwa kehilangan seutas rantai leher, sebentuk cincin, cek Bank Simpan Nasional ( BSN) bernilai RM600, kad ATM BSN dan wang tunai berjumlah RM30.

Menurut Mat Jusoh, ketika ditemu bual oleh polis, mangsa turut mendakwa tidak mengenali dan mengecam dua lelaki dan seorang wanita terbabit.

“Siasatan terhadap kes ini sedang dijalankan dan kita berusaha untuk menjejaki suspek dipercayai terlibat,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, dua lelaki berusia 16 dan 41 tahun telah ditahan kerana didapati positif dadah.

“Ketika saringan ujian air kencing dilakukan ke atasan kedua-dua lelaki yang terbabit yang bekerja sebagai jurujual dan nelayan di Balai Polis Pusat Sarikei, mereka telah didapati positif dadah.

“Sehubungan itu, kedua-dua lelaki tersebut telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” kata Mat Jusoh lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia