Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas hilang ditemui dalam keadaan selamat

-

KUCHING: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing di Jalan Gedong, Serian sejak Selasa lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung sekitar jam 10 pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sarawak berkata mangsa berusia 62 tahun dan berasal dari Kampung Semukoi, Serian dijumpai kira- kira 3 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa dilaporkan berjaya dijumpai dalam keadaan selamat cuma nampak keletihan dan lemah oleh penduduk kampung yang kebetulan pergi memancing pagi semalam iaitu kirakira 3 kilometer daripada tempat kejadian.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serian oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) untuk mendapatka­n rawatan,” katanya

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai oleh 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, 15 anggota polis, 4 anggota APM dan kira- kira 30 penduduk kampung ditamatkan pada jam 11 pagi.

Difahamkan, mangsa pada pagi Selasa lepas telah keluar dari ru- mahnya untuk memancing dan tidak pulang sehingga pagi Rabu menyebabka­n keluargany­a terus melaporkan kepada pihak polis.

Operasi SAR dilancarka­n sekitar tengah hari Rabu lepas sebaik sahaja pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian yang turut disertai penduduk kampung serta APM dan berjaya menjumpai motosikal mangsa.

Lokasi pencarian kemudian ditumpukan di sekitar tempat motosikal mangsa ditemui sebelum operasi ditangguhk­an sekitar jam 6 petang dan disambung semula pada jam 8 pagi semalam.

 ??  ?? DITEMUI: Mangsa (duduk) yang berjaya ditemui oleh penduduk kampung kemudian diserahkan kepada anggota operasi SAR sebelum dirujuk ke Hospital Serian untuk pemeriksaa­n.
DITEMUI: Mangsa (duduk) yang berjaya ditemui oleh penduduk kampung kemudian diserahkan kepada anggota operasi SAR sebelum dirujuk ke Hospital Serian untuk pemeriksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia