Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan terperdaya sindiket minta bayaran selesai kes kemalangan

-

KUCHING: Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kontinjen Sarawak menasihati orang ramai agar tidak terperdaya dengan satu sindiket yang menyamar sebagai pihaknya dan akan meminta bayaran untuk menyelesai­kan kes kemalangan.

Menurut Ketuanya Superinten­den Alexson Naga, terdapat banyak laporan diterima berhubung perkara tersebut yang telah memburukka­n serta menjatuhka­n nama baik pihak polis khususnya JSPT.

“Sebagai peringatan, mana-mana orang awam yang menerima panggilan palsu ini dinasihati tidak terperdaya dengan panggilan tersebut.

“Pihak PDRM (Polis DiRaja Malaysia) khususnya JSPT tidak pernah mengenakan atau meminta apa-apa bayaran untuk menyelesai­kan kes kemalangan yang berlaku kecuali bayaran untuk salinan dokumen atau permohonan pengadu.

“Setiap bayaran untuk dokumen tersebut akan dikeluarka­n resit rasmi kerajaan,” tegas Alexson dalam satu kenyataan di sini semalam.

Justeru, beliau memin- ta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar segera menghubung­i pihaknya di talian 082274018, 082 274264, 082-274259 atau terus ke talian JSPT Kuching di talian 082-221127.

“Jangan dedahkan maklumat peribadi seperti kad pengenalan, nombor kad ATM ( bank), akaun bank dan alamat kediaman sekiranya menerima panggilan daripada sindiket ini, sebaliknya hubungi pihak kami agar tindakan untuk mengesan sindiket ini dapat dijalankan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia