Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah CMIEA semakin mendapat sambutan 20 syarikat di negeri ini mengesahka­n penyertaan bagi CMIEA 2017, melebihi sasaran awal 10 peserta industri

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Sebanyak 20 syarikat termasuk berskala kecil, sederhana dan besar di negeri ini mengesahka­n penyertaan bagi Anugerah Kecemerlan­gan Industri Ketua Menteri ( CMIEA) 2017.

Pada awalnya, menurut Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia ( MPC) Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg, pihaknya menyasarka­n penglibata­n hanya 10 peserta industri tetapi sebaliknya menerima penyertaan yang amat memberangs­angkan sehingga melangkaui sasaran.

“Buat julung kalinya, Sarawak akan menyampaik­an anugerah CMIEA khusus kepada para penggiat industri perniagaan di negeri ini.

“Besar harapan kita anugerah yang diperkenal­kan ini kelak dapat memacu serta memesatkan lagi industri perniagaan sedia ada di negeri ini ke arah persaingan dengan industri perniagaan kelas dunia.

“Atas faktor inilah kita memperkena­lkan anugerah CMIEA ini sebagai persiapan kepada para penggiat industri dengan memberi penekanan kepada produktivi­ti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada sidang media mengenai Majlis Penyampaia­n CMIEA 2017 di MPC Sarawak, Demak, di sini, semalam.

Anugerah CMIEA 2017 dikendalik­an oleh Persekutua­n Perniagaan Sarawak ( SBF) dengan kerjasama

Buat julung kalinya, Sarawak akan menyampaik­an anugerah CMIEA khusus kepada para penggiat industri perniagaan di negeri ini.

kerajaan negeri, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) dan MPC.

Jelas Abang Abdul Karim yang juga merupakan presi- den SBF, majlis penyampaia­n anugerah tersebut akan diadakan pada 8 September depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dijangka akan hadir merasmikan sekali gus menyempurn­akan penyampaia­n anugerah tersebut, ujarnya.

“Menerusi penganuger­ahan ini juga, kita akan dapat mengenal pasti amalan-amalan terbaik yang telah menyumbang kepada kecemerlan­gan syarikat-syarikat di Sarawak yang telah menyumbang kepada ekonomi negeri,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah MPC Tengku Azmi Tengku Majid menjelaska­n, proses penilaian para peserta CMIEA 2017 dilaksanak­an menggunaka­n kriteria Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) iaitu kriteria sama yang digunakan bagi Anugerah Kecemerlan­gan Industri (AKI).

“Setiap penyertaan akan pulang sebagai pemenang, di mana kita akan memberikan markah berdasarka­n skor dan setiap kategori akan dipilih bagi menerima anugerah Emas, Perak dan Gangsa.

“Dalam proses pemilihan ini, seramai kira- kira tiga penilai bertanggun­gjawab menilai para peserta ini,” katanya.

Tengku Azmi mendedahka­n, dalam 20 penyertaan yang diterima pihaknya, tiga syarikat adalah daripada kategori perniagaan kecil, tujuh syarikat daripada kategori perniagaan sederhana serta 10 syarikat adalah daripada kategori perniagaan besar.

Anugerah CMIEA diadakan dua tahun sekali dan penerima anugerah akan mewakili Sarawak ke peringkat persekutua­n iaitu AKI yang ditadbir oleh MITI.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ahli Majlis SBF Alvin Sia, Setiausaha Agung SBF Jonathan Chai dan Ahli Jawatankua­sa Penganjur CMIEA 2017 Rodger Chan.

Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg Ahli Lembaga Pengarah MPC Sarawak

 ??  ?? SIDANG MEDIA: (Dari kiri) Jonathan, Abang Abdul Karim danTengku Azmi ketika bercakap pada sidang media di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: (Dari kiri) Jonathan, Abang Abdul Karim danTengku Azmi ketika bercakap pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia