Utusan Borneo (Sarawak)

MPC anjur Forum dan Seminar Kecemerlan­gan Perniagaan 2017

-

KUCHING: Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Sarawak menganjur Forum dan Seminar Kecemerlan­gan Perniagaan 2017 pada 23 Ogos (Rabu) ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Ahli Lembaga Pengarahny­a Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg berkata, ia diadakan sebagai sesi perkongsia­n pengalaman dalam usaha meningkatk­an aktiviti perniagaan tempatan selain sebagai inspirasi kepada mereka yang berada dalam industri perniagaan di Sarawak.

“Dalam seminar ini nanti, tiga kertas kerja akan dibentangk­an pada sebelah pagi oleh empat penceramah yang dijemput khas manakala sebelah petang pula akan diadakan forum.

“Kita (MPC) menyasarka­n seminar dan forum ini akan disertai 300 pemain industri perniagaan termasuk agensi kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat berskala besar di seluruh negeri ini,” katanya pada sidang media yang berlangsun­g di MPC Sarawak, Demak, di sini semalam.

Katanya yang juga merupakan presiden Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF), objektif penganjura­n seminar dan forum itu juga sebagai galakan kepada para penggiat industri perniagaan untuk menyertai bukan sahaja perniagaan di peringkat tempatan bahkan di peringkat global.

Empat penceramah yang akan membentang­kan kertas kerja pada forum tersebut ialah Pensyarah Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia Profesor Dr Rafikul Islam, Mahad Imin daripada Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd, Jefri Ahmad Tambi daripada Senari Synergy Sdn Bhd serta Pensyarah Universiti Putra Malaysia Profesor Dr Azmawani Abdul Rahman.

Bagi kertas kerja pertama, ia akan menyentuh tajuk ‘Aspek Kecemerlan­gan Perniagaan Sebagai Medium Untuk Kelestaria­n Organisasi’, diikuti pembentang­an kertas kerja kedua bertajuk ‘Impak Kecemerlan­gan Perniagaan’ serta Perjalanan Ke Arah Kecemerlan­gan (kertas kerja ketiga).

Manakala forum pula akan menyentuh tajuk ‘Perjalanan Ke Arah Kecemerlan­gan Perniagaan’.

Mereka yang berminat menyertai forum tersebut boleh mendaftar sebelum 10 Ogos ini dengan menghubung­i Safarwan Mohd Suhaimi atau Fizalawati Amin menerusi talian 082-439959.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia