Utusan Borneo (Sarawak)

Institusi prasekolah harus aktif menjalanka­n program kokurikulu­m

-

KUCHING: Institusi pendidikan awal kanak-kanak harus aktif dalam menjalanka­n program kokurikulu­m, selain hanya menumpukan kepada pendidikan di dalam kelas.

ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata aktiviti tersebut bagi memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukka­n bakat dan kebolehan masing-masing.

Tambah beliau, ia juga bagi mengembang­kan minat, bakat dan kreativiti kanak-kanak dari peringkat awal.

“Adalah penting untuk kita mendidik anak bagaimana mereka hendak menghadapi sesuatu cabaran dan ini boleh dilakukan menerusi aktiviti seperti bersukan.

“Ini secara tidak langsung mendisipli­nkan diri mereka untuk menghadapi cabaran dan bagaimana hendak mencapai kejayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Zon 1 2017 di Dewan Akademi Kastam Malaysia di sini, semalam.

Turut hadir Pegawai KEMAS Bahagian Kuching Lindawati Padiel.

Justeru, Fazzrudin memuji inisiatif KEMAS dalam menjalanka­n program tersebut, sambil menyifatka­n ia adalah satu platform terbaik untuk melahirkan kanak-kanak yang berdaya saing.

Pada masa sama, beliau berkata ia juga memberi ruang kepada ibu bapa dan masyarakat melihat serta mengenal pasti potensi dan perkembang­an diri anak-anak daripada aspek sosioekono­mi, intelek, fizikal dan rohani.

Sementara itu, Lindawati berkata seramai 317 kanak-kanak Tabika KEMAS dari tujuh kawasan Parlimen di sini telah menyertai Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Zon 1 2017 yang berlangsun­g semalam.

Parlimen terlibat ialah Mas Gading, Santubong, Petra Jaya, BandarKuch­ing, Serian, Puncak Borneo dan Stampin.

“Dengan adanya program seperti ini, ia dapat memberi pendedahan kepada kanakkanak tentang gaya hidup sihat selain memupuk semangat berpasukan dan kesukanan dalam kalangan mereka,” katanya.

Menurut beliau, pelbagai acara padang telah diadakan seperti futsal, bola jaring dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia