Utusan Borneo (Sarawak)

Jaga keselamata­n diri, nama baik negara: KM

Jemaah haji harus patuhi arahan Tabung Haji agar segala urusan tunai ibadah tahun ini berjalan lancar

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengingatk­an jemaah haji Sarawak supaya sentiasa menjaga keselamata­n diri dan nama baik negara sepanjang mengerjaka­n ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Beliau menegaskan, para jemaah haji harus mematuhi setiap arahan daripada Tabung Haji agar segala urusan mereka dalam menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini berjalan lancar.

“Saya berharap para jemaah sentiasa menjaga kesihatan ketika sepanjang berada di tanah suci agar mudah melaksanak­an ibadah haji.

“Selain itu, gunakan masa sebaik mungkin untuk mengerjaka­n ibadah yang diwajibkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an amanat pada Majlis Pelepasan Jemaah

Saya berharap para jemaah sentiasa menjaga kesihatan ketika sepanjang berada di tanah suci agar mudah melaksanak­an ibadah haji. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

Haji Sarawak KT27Q di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini, malam kelmarin.

Hadir sama isteri beliau, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

Seramai 160 jemaah haji Sarawak daripada kumpulan keempat dari Sri Aman dan Kuching berlepas ke Mekah pada jam 11.40 malam dari LTAK, menggunaka­n pesawat khas KT27Q.

Kumpulan jemaah haji tersebut dijangka kembali ke tanah air iaitu tiba di LTAK dengan penerbanga­n yang sama pada 23 September depan.

Seramai 1,100 jemaah haji Sarawak dijangka berlepas ke Mekah melalui lima penerbanga­n dari LTAK bermula 31 Julai hingga 4 Ogos ini.

Pada tahun ini, jemaah haji akan dibimbing oleh dua pembimbing iaitu Ustaz Mohamad Sidek Arsad (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan) dan Razalie Husaini (Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Sarawak).

 ??  ?? KENANGAN: Fazzrudin (baris belakang, tengah) bersama tetamu kehormat lain merakam gambar bersama antara pemenang sempena Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Zon 1 2017 di Dewan Akademi Kastam Malaysia di Kuching, semalam.
KENANGAN: Fazzrudin (baris belakang, tengah) bersama tetamu kehormat lain merakam gambar bersama antara pemenang sempena Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Zon 1 2017 di Dewan Akademi Kastam Malaysia di Kuching, semalam.
 ??  ?? JAGA DIRI: Abang Johari mengucapka­n selamat jalan kepada jemaah haji Sarawak yang berlepas ke Mekah dari LTAK di Kuching, malam kelmarin.
JAGA DIRI: Abang Johari mengucapka­n selamat jalan kepada jemaah haji Sarawak yang berlepas ke Mekah dari LTAK di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia