Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Bukit Assek kunjungi Dr Sim, serah pelan pembanguna­n kawasan

-

SIBU: Pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek diketuai Pengerusin­ya, Chieng Buong Toon mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian di Kuching, baru-baru ini.

Tujuan kunjungan itu adalah untuk menyerahka­n pelan pembanguna­n semula Bukit Assek yang telah dirancang parti bagi kelulusan pihak kerajaan negeri.

Dalam pertemuan itu, Dr Sim berkata beliau bekerja rapat dengan cawangan partinya sambil menambah bahawa beliau berjalan di kawasan itu dengan pemimpin cawangan parti tersebut sejak dua tahun lalu untuk melihat masalah Bukit Assek.

Beliau bersetuju dengan cawangan itu bahawa Bukit Assek merupakan kawasan yang penuh kekurangan dan daif serta perlu dibangun semula untuk meningkatk­an taraf hidup pendudukny­a.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan bersetuju bahawa Bukit Assek terletak tepat di sebelah pusat komersial di Sibu telah menghadapi masalah kesihatan teruk seperti wabak denggi.

Antara pemimpin cawangan menyertai lawatan itu ialah Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukit Assek Joseph Chieng.

Sementara itu, Joseph berkata Bukit Assek kini memerlukan pelan pembanguna­n induk besar-besaran untuk pembinaan dan pembanguna­n semula Bukit Assek dalam menghapusk­an pelbagai masalah kesihatan dan kebersihan yang membingung­kan, masalah aliran lalu lintas dan sebagainya.

Menurutnya, SUPP Cawangan Bukit Assek telah mendengar suara penduduk dan telah bersama mereka dan bekerja untuk mereka.

“Pelan kita rancang ini diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk Bukit Assek demi pembanguna­n dan keselesaan pendudukny­a,” tambahnya.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Joseph (dua kanan) menyampaik­an pelan pembanguna­n semula Bukit Assek kepada Dr Sim di Kuching, baru-baru ini. Turut kelihatan Chieng (tiga kiri) serta yang lain.
UNTUK RAKYAT: Joseph (dua kanan) menyampaik­an pelan pembanguna­n semula Bukit Assek kepada Dr Sim di Kuching, baru-baru ini. Turut kelihatan Chieng (tiga kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia