Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran Kampung Usahajaya terima bantuan SDNU

-

SIBU: Mangsa kebakaran di tiga rumah di Jalan Sentosa Barat, Kampung Usahajaya di sini telah mendapat perhatian Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, petang kelmarin.

Pengerusin­ya Chambai Lindong sambil diiringi Setiausaha SDNU Sibu Sammy Dennis, Bendahari SDNU Sibu Sayong Ambor dan ahli Exco SDNU Sibu Johnady Janton telah bergegas melawat dan menyerahka­n sumbangan kepada mangsa terlibat.

Tiga mangsa terlibat ialah Jemat Suang, Lauren John dan Selen John.

Sumbangan berbentuk wang itu diserahkan Chambai kepada mangsa tersebut bagi mewakili keluarga masing-masing.

Chambai ketika ditemui berharap mangsa bersabar menerima dugaan tersebut.

Beliau juga memohon agar lebih ramai individu, pertubuhan bukan kerajaan, agensi dan sebagainya tampil membantu para mangsa berkenaan.

“Selain itu, kita berharap pihak berkenaan membantu mangsa ini membina semula rumah di tapak ini dengan secepat mungkin kerana mangsa tidak mempunyai rumah.

“Mereka juga tidak mempunyai lot tanah lain untuk mendirikan rumah selain dari tapak ini,” katanya.

Tambahnya, semua mangsa kini masih menumpang sementara di rumah saudara mereka.

Dalam kejadian pada malam Selasa lepas sekitar jam 9 malam, dua rumah ranap manakala sebuah lagi 75 peratus terbakar.

Dalam kejadian itu, 11 penghuni hilang tempat tinggal dan sebuah kereta turut terjejas akibat kebakaran tersebut.

Bagaimanap­un, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

 ??  ?? IKHLAS: Chambai (tujuh kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Usahajaya di Sibu, petang kelmarin.
IKHLAS: Chambai (tujuh kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Usahajaya di Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia