Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan mesti tegas menuntut syer sewajarnya dalam industri minyak, gas

-

KUCHING: Kerajaan negeri sekali lagi diingatkan mesti mengambil langkah tegas menuntut syer yang sewajarnya bagi mencapai penyertaan bermakna dalam industri minyak dan gas (O&G).

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian berkata, Sarawak harus kekal dengan keputusann­ya meskipun Petronas barubaru ini memutuskan tidak meneruskan cadangan projek gas asli cecair (LNG) di Kanada Barat bernilai C$36 bilion (RM123.3 bilion).

“Kita tidak mahu menanggung kerugian disebabkan keputusan berkenaan dan berharap ia tidak berulang dan perlu ada akauntabil­iti daripada pihak lembaga Petronas berbanding hanya kenyataan pendek mereka mengenai perkara itu pada minggu lalu.

“Apa yang menjadi kebimbanga­n kita adalah pelaburan Petronas di luar negara itu juga kemungkina­n besar daripada sumber dari Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media yang dihadiri Timbalanny­a See Chee How di pejabat PKR di sini, semalam.

Petronas pada Rabu memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan projek gas asli cecair (LNG) di Kanada Barat bernilai C$36 bilion (RM123.3 bilion).

Punca utama Petronas membatalka­n projek LNG Kanada adalah kerana harga global LNG yang lemah.

Dengan ini, Petronas secara sekali gus menidakkan aspirasi untuk menjadikan Kanada sebagai pemain LNG global di pasaran dunia.

Sementara itu See pada sidang media sama berkata, sehingga kini belum ada kelihatan usaha kerajaan negeri menuntut 10 peratus ekuiti dalam Loji Train 9 Gas Asli Cecair Malaysia (MLNG).

Jelasnya walaupun perkara itu sentiasa dibangkitk­an dalam beberapa persidanga­n DUN oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan Ketua Menteri kini Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada setiap ucapan penggulung­an mereka.

“Perkara ini telah dibangkitk­an sejak 2014 malahan dalam ucapan penggulung­an pada beberapa persidanga­n DUN namun sehingga ini masih belum ada hasilnya.

“Kerajaan negeri sewajarnya perlu lebih tegas dalam menuntut perkara berhubung penyertaan dalam industri minyak dan gas kepada Sarawak termasuk perolehan 10 peratus ekuiti itu,” tegasnya.

Sebelum ini, Sarawak turut berunding dengan Petronas bagi meningkatk­an ekuitinya dalam loji MNLG 2.

Sarawak aktif membincang­kan untuk memperoleh 10 peratus ekuiti dalam Loji Train 9 Gas Asli Cecair Malaysia (MLNG).

 ??  ?? TERUS TUNTUT: Baru (kanan) bersama See pada sidang media di pejabat PKR di Kuching, semalam.
TERUS TUNTUT: Baru (kanan) bersama See pada sidang media di pejabat PKR di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia