Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan sampel anjing dihantar ke VRI disah negatif daripada penyakit rabies

-

KUCHING: Sembilan sampel anjing yang telah dihantar ke Institut Kajian Veterinar (VRI) di Ipoh, Perak pada 1 Ogos lalu disahkan negatif daripada penyakit rabies.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataan akhbar semalam berkata sampel-sampel itu diambil di Lorong Regas, Jalan Padungan, Jalan Resak (Kuching), bandar Betong, pekan Lubok Antu, Batu Lintang dan bandar Sri Aman.

JPBN turut memberitah­u, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) akan mengadakan operasi pemvaksina­n di Gelanggang Bola Keranjang Siburan hari ini bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Justeru orang ramai yang tinggal berhampira­n kawasan itu diminta membawa anjing peliharaan mereka untuk mendapatka­n suntikan vaksin.

Sementara itu, semalam 189 ekor anjing telah divaksin bagi mengawal penularan wabak rabies di beberapa kampung di daerah Bau iaitu Kampung Stass, Kampung Serikin, Kampung Sebubok dan Kampung Bogag.

Setakat ini, jumlah haiwan kesayangan yang telah divaksin ialah 24,819 ekor yang terdiri daripada 17,179 anjing, kucing (7,595 ) dan 45 lagi adalah haiwan lain.

Setakat ini, JPVS telah mengadakan 152 kempen kesedaran mengenai wabak rabies di kampung-kampung serta sekolah di kawasan terlibat dan dihadiri 30,067 peserta.

JKN Sarawak juga memaklumka­n bahawa 32 kes gigitan telah dilaporkan semalam iaitu 14 kes di Serian, Sri Aman (lima), Kuching (12) dan Samarahan (satu).

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku sejak 1 April 2017 hingga semalam ialah 1,415 kes.

Sebanyak 12 kes gigitan telah memulakan suntikan vaksinasi anti-rabies semalam menjadikan jumlah kumulatif 770 kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia