Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU menganjurk­an LAB Pembanguna­n KomunitiKU selama lima hari

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurk­an LAB Pembanguna­n KomunitiKU (Komuniti Kuching Utara) DBKU selama lima hari bermula 29 Julai hingga semalam di sebuah hotel terkemuka di sini.

DBKU menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata, penganjura­n lab tersebut bertujuan memantapka­n pembanguna­n komuniti dalam kawasan Kuching Utara baik dari segi aspek pembanguna­n persekitar­an, sosial mahupun ekonomi.

Lab tersebut telah disertai kira-kira 56 peserta terdiri daripada pegawai kerajaan merangkumi kakitangan jabatan serta agensi terpilih untuk bersama pihak komuniti yang terdiri daripada lima kawasan utama Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbira­n DBKU iaitu Satok, Pantai Damai, Samariang, Tupong dan Demak Laut.

“Ia (lab) juga bertujuan mencambah minda para peserta, khasnya bagi menentu dan merangka kerja projek, program mahupun aktiviti yang dapat memberi sumbangan jangka panjang kepada komuniti setempat.

“Selain itu, objektif penganjura­n LAB Pembanguna­n KomunitiKU adalah untuk menggalakk­an penglibata­n kumpulan sasar dan masyarakat umum dalam pembanguna­n setempat sekali gus meningkatk­an kualiti hidup komuniti melalui penglibata­n proaktif dan berkesan dalam aktiviti sosial serta ekonomi yang dikenal pasti.

“Pada masa sama, melalui lab ini juga rangka kerja yang sistematik akan dirangka untuk pembanguna­n masyarakat terutama dalam usaha membasmi kemiskinan,” kata kenyataan akhbar tersebut.

Sehubungan itu, DBKU juga melahirkan harapan agar dapat meneruskan legasi kejayaan yang dicapai pada tahun-tahun sebelum ini dan diharap warga kota Kuching terus berganding bahu dan menyokong DBKU dalam meneruskan usaha murni tersebut.

Dalam pada itu, DBKU juga berharap lab tersebut dapat merapatkan hubungan silaturahi­m dalam kalangan peserta sekali gus menghasilk­an output dan impak yang besar demi kebaikan komuniti setempat.

Majlis penutupan LAB Pembanguna­n KomunitiKU telah dihadiri Ketua Timbalan Pengarah DBKU Morshidi Ahmad.

 ??  ?? KENANGAN: Para peserta bergambar beramai-ramai dengan Morshidi selepas penutupan LAB Pembanguna­n KomunitiKU di Kuching, semalam.
KENANGAN: Para peserta bergambar beramai-ramai dengan Morshidi selepas penutupan LAB Pembanguna­n KomunitiKU di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia