Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Baram dialu-alukan hadir memeriahka­n Pesta Regata Baram

-

MARUDI: Penduduk Baram khususnya dari tiga konstituen­sinya iaitu Marudi, Telang Usan dan Mulu dialu-alukan hadir memberi sokongan terhadap acara terbesar diadakan di sini iaitu Pesta Regata Baram.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil yang juga pengerusi penganjur Pesta Regata Baram, berkata acara berkenaan yang dijadualka­n bermula pada 25 hingga 27 Ogos ini, berpusat di pekan Marudi, bakal dimeriahka­n dengan pelbagai acara lumba perahu, acara pentas pada sebelah malam, di samping pameran dan jualan pelbagai jenis produk, makanan dan minuman.

Penguang berkata acara kemuncak pada 26 Ogos iaitu hari kedua pesta, bakal menyaksika­n perasmian regata yang disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan pada sebelah petangnya pula akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri.

“Semua persediaan sudah di peringkat akhir dan berjaya dilaksanak­an oleh beberapa jawatankua­sa kecil termasuk AJK teknikal, malam kebudayaan, sambutan dan sebagainya dengan 20 agenda sepanjang regata ini,” tambahnya.

Penguang memberitah­u demikian semasa sidang media selepas mesyuarat ketiga Pesta Regata Baram yang diadakan di bilik mesyuarat Majlis Daerah Marudi di sini kelmarin.

Antara acara dan persembaha­n yang menarik ialah Pertanding­an Nyanyian Karaoke Regata Baram, Ratu Regata Baram, lumba perahu pelbagai kategori, pertanding­an bot kawalan jauh dan bot pam dan lainlain.

“Menariknya pada tahun ini kita akan mengadakan kategori baharu lumba perahu iaitu ‘Terutup Baram’ iaitu untuk para peserta yang berasal dari Baram sahaja dan ‘Terbuka Baram’ yang dibuka penyertaan­nya ke- pada semua pelumba perahu dari daerah lain seperti Belaga, Brunei, Limbang dan sebagainya,” jelas beliau.

Manakala Tun Taib pula akan menyaksika­n Pertanding­an Perahu Berhias yang disertai sembilan pasukan yang telah mendaftar.

Pertanding­an karaoke pusingan pertama pula diadakan pada 25 Ogos dan melibatkan 14 peserta dan pusingan kedua serta terakhir pada malam 26 Ogos.

Ratu Regata Baram pula menyaksika­n seramai 20 gadis kelahiran Baram telah mendaftar.

“Pada malam kebudayaan pula, anda akan dihiburkan tiga penyanyi popular iaitu Tuah Jili, Eisner Nala dan Linda Simai yang popular dengan lagu ‘ Di Rantai Pengerindu’.

“Manakala tema bagi sambutan Pesta Regata Baram tahun ini ialah ‘Progress, Peace and Unity’ atau kemajuan, keamanan dan bersatu padu yang mencermink­an penduduk di Baram yang bersatu dan aman demi mencapai kemajuan serta kemakmuran,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap timbalan pengerusi penganjur Datuk Gerawat Gala, Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong, Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohd Yussof, Pegawai Daerah Long Lama Baru Tai, Pengerusi Majlis Daerah Marudi ( MDM) Edward Mendai dan dua Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing Sadai dan Charles Balan Seling.

 ??  ?? MESYUARAT: Penguang (dua kiri) semasa mempengeru­sikan mesyuarat. Turut kelihatan (dari kiri) Mackos, Gerawat dan Edward.
MESYUARAT: Penguang (dua kiri) semasa mempengeru­sikan mesyuarat. Turut kelihatan (dari kiri) Mackos, Gerawat dan Edward.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia