Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan menitikber­atkan nilai integriti pegawai dan staf JTS

-

KUCHING: Kerajaan negeri menitikber­atkan nilai integriti dalam kalangan pegawai dan staf Jabatan Tanah dan Survei (JTS) kerana ia teras kepada perkhidmat­an terbaik yang diberikan oleh setiap penjawat awam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata setiap pegawai dan staf JTS khasnya agar sentiasa meletakkan nilai integriti dalam setiap tugas serta amanah dipertangg­ungjawabka­n kepada mereka.

“Tahniah kepada JTS kerana telah memperoleh Empat Bintang iaitu maksimum untuk Indeks Akauntibil­iti (IA) Pengurusan Kewangan untuk dua tahun berturuttu­rut iaitu pada 2013 dan 2014 daripada Jabatan Audit Negara (JAN) .

“Kecemerlan­gan ini diteruskan pada 2015 dengan memperoleh Lima Bintang. Pada 2016 tiada penilaian dilakukan ke atas JTS kerana konsistens­i pencapaian cemerlang selama tiga tahun berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh pada Majlis Penutupan Hari Inovasi dan Integriti JTS (HIITS) di sini semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata walaupun JTS tidak dinilai untuk IA pada 2016, warga jabatan itu tidak boleh leka dengan pencapaian itu.

Tambahnya penganuger­ahan Anugerah Khas Keselamata­n Perlindung­an 2016 kepada JTS yang disampaika­n oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hasma pada 17 Julai lalu merupakan satu pengiktira­fan yang tinggi.

“Saya berharap dengan pengiktira­fan ini, keyakinan rakyat terhadap kualiti penyampaia­n perkhidmat­an JTS akan memberi impak positif kepada keselamata­n dan imej pentadbira­n jabatan.

“Saya juga amat berharap komitmen, integriti dan disiplin terhadap pematuhan semua prosedur serta proses kerja sedia ada dikekalkan dan sentiasa dipertingk­atkan untuk memastikan kepentinga­n pelanggan diutama- kan,” katanya.

Mengenai Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Peringkat JTS Sarawak Awang Tengah berkata penganjura­nnya dapat menggalakk­an perkongsia­n idea-idea kreatif dalam kalangan kakitangan bagi menambah baik mutu perkhidmat­an.

Tambahnya idea- idea kreatif dan baharu itu bukan sahaja membantu menambah baik perkhidmat­an jabatan tetapi memberi manfaat kepada persekitar­an dan rakyat khususnya.

“Saya mahu seluruh staf JTS meneruskan misi dan visi jabatan serta memainkan peranan signifikan dalam perancanga­n pembanguna­n di Sarawak selaras dengan slogannya ‘Agensi Pemudah Pembanguna­n’,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JTS Zaidi Mahdi dalam ucapan aluannya berkata HIITS diadakan sejak 2008 bagi menyediaka­n landasan kepada pegawai berkongsi dan bertukar idea dan pada masa sama memotivasi yang lain agar mengutamak­an nilai integriti dalam perkhidmat­an mereka.

Tahun ini katanya, 100 pegawai JTS telah mengikuti Latihan Dalam Talian Strategi Lautan Biru (BOSOT) bagi melengkapk­an mereka dengan kemahiran terkini dalam ICT.

Semalam seramai 42 pegawai JTS yang bersara tahun ini turut diraikan dan majlis itu itu julung kalinya diadakan.

Pasukan KIK dari pejabat JTS Kuching muncul juara KIK kali ini, tempat kedua dimenangi KIK pejabat JTS Limbang dan KIK pejabat JTS Mukah di tempat ketiga.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: (Dari lapan kanan) Len Talif dan Zaidi bergambar bersama Pasukan KIK yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga Konvensyen KIK Jabatan Tanah dan Survei.
UNTUK ALBUM: (Dari lapan kanan) Len Talif dan Zaidi bergambar bersama Pasukan KIK yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga Konvensyen KIK Jabatan Tanah dan Survei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia