Utusan Borneo (Sarawak)

Anjing liar berkumpula­n, agresif cetus kebimbanga­n

Penduduk Desa Senadin Fasa 2C dan Tudan Desaras, Miri gesa MBM bertindak segera menangkap anjing terbabit

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Penduduk Desa Senadin Fasa 2C dan Tudan Desaras menggesa Majlis Bandaraya Miri ( MBM) mengambil tindakan segera menangkap anjing liar bergerak secara berkumpula­n yang kelihatan agresif termasuk menyerang satu sama lain.

Pengadu, Ayak Jamil berkata anjing berkeliara­n secara berkumpula­n antara empat hingga tujuh ekor telah menimbulka­n kebimbanga­n penduduk setempat.

“Kami membuat aduan kepada MBM agar mengambil tindakan segera kerana bimbang jangkitan rabies, namun hingga ini kumpulan anjing ini masih berkeliara­n,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Ayak berkata beberapa ekor anjing kelihatan agresif dan menyerang satu sama lain sehingga menimbulka­n ketakutan kepada penduduk.

“Kumpulan anjing ini bergerak sepanjang jalan di Desa Senadin dan Desaras, terutama pada sebelah pagi, penduduk berharap MBM memantau kumpulan anjing liar ini,” tegasnya.

Menurutnya, majoriti anjing liar berkenaan tidak mempunyai penanda atau

Kami membuat aduan kepada MBM agar mengambil tindakan segera kerana bimbang jangkitan rabies, namun hingga ini kumpulan anjing ini masih berkeliara­n. Ayak Jamil Pengadu

tag nama milik individu, kumpulan anjing liar ini juga boleh mendatangk­an kemalangan kepada penunggang motosikal.

“Terdapat juga kejadian anjing liar ini mengejar penunggang motosikal dan hampir- hampir mengigit kaki mangsa, namun tindakan pantas mangsa dapat mengelak serangan anjing berkenaan,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang hanya dikenali sebagai Sim berharap pemilik anjing tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka terlepas dan mengancam keselamata­n orang lain.

Menurutnya, pemilik anjing atau kucing harus bertanggun­gjawab ke atas haiwan peliharaan dan sentiasa mengawasi haiwan ini agar tidak dijangkiti rabies.

Jika terdapat simptom rabies, pemilik anjing ini harus mendapatka­n vaksin dan mengurung haiwan ini serta-merta bagi mengelak ia bertindak agresif dan menyerang manusia.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Alex (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada keluarga William.
RINGANKAN BEBAN: Alex (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada keluarga William.
 ??  ?? BERKELIARA­N: Kelihatan kumpulan anjing liar berkeliara­n di Desa Senadin Fasa 2C, Miri kelmarin meskipun aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan.
BERKELIARA­N: Kelihatan kumpulan anjing liar berkeliara­n di Desa Senadin Fasa 2C, Miri kelmarin meskipun aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia