Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS giat mempromosi program pendidikan berasaskan STEM

-

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) giat mempromosi­kan program pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik atau STEM di kalangan pelajar sekolah di negeri ini.

Timbalan Naib Canselorny­a Profesor Dr Kopli Bujang berkata, ia sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan negeri melahirkan insan yang pakar dalam STEM kepada Sarawak pada masa akan datang.

“Ini bertepatan dengan usaha kerajaan negeri yang serius dan fokus dalam melahirkan ramai bakat muda dan tenaga pakar STEM dapat dihasilkan di Sarawak.

“UNIMAS komited membantu bukan sahaja program sebegini tetapi program lain seperti berkongsi maklumat atau pengetahua­n bersama anak-anak sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program STEM Innovation and Nature Fair 2017 yang dihadiri Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIMAS Profesor Dr Othman Bojo dan Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching Riza Omar di MRSM Kuching di sini, semalam.

Kopli berkata program STEM yang diadakan itu akan diperluask­an di sekolah lain sebagai susulan dalam usaha mempergiat­kan lagi pengenalan STEM.

Katanya semasa program pelbagai aktiviti diadakan di mana pada program di MRSM sebanyak 25 ruang pameran disediakan oleh para penyelidik daripada lima fakulti di UNIMAS.

Program merupakan an- juran Fakulti Sains dan Teknologi Sumber itu merupakan yang julung kalinya diadakan.

Bengkel berkenaan merupakan salah satu aktiviti di bawah Makmal Pendidikan STEM UNIMAS dalam mempromosi dan menarik perhatian generasi muda untuk meminati jurusan berasaskan STEM.

Sementara itu Othman dalam ucapannya berkata, program merupakan paltform terbaik kepada penyelidik UNIMAS menyampaik­an maklumat tepat kepada pihak sekolah dan masyarakat setempat tentang kepentinga­n pendidikan STEM.

Katanya ia dapat membantu mengatasi masalah kritikal kekurangan pelajar sains yang sedang melanda negara masa kini.

 ??  ?? PENUTUPAN: Kopli (depan,enam kiri) bersama tetamu jemputan lain serta pelajar MRSM Kuching yang menghadiri Majlis Penutupan STEM Innovation and Nature Fair 2017.
PENUTUPAN: Kopli (depan,enam kiri) bersama tetamu jemputan lain serta pelajar MRSM Kuching yang menghadiri Majlis Penutupan STEM Innovation and Nature Fair 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia