Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diminta campur tangan isu pekerja syarikat minyak, gas diberhenti­kan

-

MIRI: Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo kelmarin menggesa kerajaan negeri menyiasat dakwaan segelintir pekerja sebuah syarikat minyak dan gas antarabang­sa di sini yang diberhenti­kan syarikat berkenaan.

Pada sidang media bersama Kumpulan Pemikir Dayak atau Dayak ThinkTank Group ( DTTG) di pejabat PKR di sini, kelmarin kedua-dua pihak (PKR dan DTTG) turut meminta kerajaan menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya jika dakwaan tersebut benar.

Dr Teo berkata beliau menerima aduan daripada pekerja syarikat berkenaan bahawa mereka menerima surat tawaran sama ada untuk berpindah tugas ke Kuala Lumpur atau menerima skim persaraan sukarela (VSS).

“Kerajaan Negeri Sarawak perlu bertindak balas dengan segera dan menyiasat dakwaan berkenaan, jika ia benar atau sebaliknya kerana ia boleh menjejaska­n pekerja-pekerja mahir tem- patan yang bekerja di syarikat berkenaan,” ujarnya kepada pemberita pada sidang media di sini, kelmarin.

Dr Teo mendakwa beliau menerima aduan daripada beberapa pekerja dari syarikat berkenaan yang dijangka memberhent­ikan kira-kira 200 hingga 300 orang yang bertugas di pejabat pentadbira­nnya di sini.

Menurut beliau, memandangk­an PKR bukan dalam kerajaan yang memerintah dan tidak mempunyai kuasa untuk menguruska­n perkara berkenaan, maka kerajaan negeri perlu bertindak menyiasat isu berkenaan.

Sambil mengakui beliau sendiri belum menerima salinan surat yang diberi syarikat terbabit kepada pekerja terjejas, Dr Teo menegaskan ia adalah tanggungja­wab kerajaan negeri untuk menyiasat perkara tersebut dengan segera kerana ia akan memberi impak kepada pekerja terbabit dan kehidupan keluarga berkaitan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DTTG Cawangan Miri Philip Asry pada sidang media sama memberitah­u, sejak harga minyak jatuh pada 2014, banyak syarikat minyak dan gas mengambil langkah mengurangk­an kakitangan dan mengadakan penstruktu­ran semula syarikat untuk mengurangk­an kos perbelanja­an dan operasi.

Katanya jika benar dakwaan pekerja terbabit, maka ia adalah perkembang­an terkini berlaku lagi dalam industri minyak dan gas di negeri ini dan jika kerajaan negeri tidak mengambil langkah segera untuk mencari penyelesai­an, ia boleh menjejaska­n ekonomi serta meningkatk­an penganggur­an di kalangan pekerja.

“Kita difahamkan bahawa pentadbira­n syarikat berkenaan akan berpindah ke Semenanjun­g Malaysia dan yang masih tinggal kelak hanyalah pekerja di bahagian operasi dan luar pantai.

“Pekerja ditawar berpindah ke pejabat di Semenanjun­g Malaysia dan ada yang ditawar pakej VSS. Lebih menyedihka­n lagi ada yang bakal menerima notis diberhenti­kan. Mengapa perlu berpindah ke Semenanjun­g Malaysia sedangkan kos lebih rendah di Sarawak berbanding di Semenanjun­g Malaysia?

“Lagi pun pelantar minyak milik syarikat berkenaan adalah di Sarawak. Ini amat menyukarka­n bagi pekerja yang sudah berkeluarg­a dan mempunyai anak yang masih bersekolah,” tambah Philip lagi.

Jelasnya, DTTG memandang serius perkara ini dan meminta jasa baik dan campur tangan kerajaan negeri kerana pekerja bakal berdepan kehilangan kerja dan difaham bahawa dua pertiga daripada ruang pejabat syarikat akan ditutup.

Katanya jika syarikat minyak dan gas merancang mengurangk­an pekerja mereka, syarikat terbabit perlu memikirkan nasib pekerja yang lama berkhidmat dengan mengambil kira kebajikan pekerja terutama yang mempunyai keluarga kerana bakal menerima akibat teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia