Utusan Borneo (Sarawak)

Persiapan sambutan penempatan semula SM Sacred Heart lancar

-

SIBU: Persiapan bagi sambutan ulang tahun ke-50 penempatan semula Sekolah Menengah Sacred Heart pada 5 Ogos ini berjalan lancar.

Pengerusi penganjur sambutan, Dr Gregory Hii berkata, persediaan yang perlu telah dibuat bagi mengingati hari bersejarah itu.

“Semua persiapan berjalan dengan lancar dan kita bersedia untuk sambutan ulang tahun pada 5 ogos ini. Diharap keadaan cuaca akan menyebelah­i kita.

“Kita juga menjemput semua bekas pelajar Sacred Heart untuk menyertai sambutan ini bagi mengingati perpindaha­n sekolah dari Jalan Mission ke Jalan Oya,” katanya ketika mesyuarat akhir semalam.

Turut hadir Residen Bahagian Sibu merangkap Presiden Persatuan Bekas Pelajar Sacred Heart Hii Chang Kee serta Pengetua Sekolah David Teo.

Bagi menandakan sambutan, Dr Hii berkata pelbagai aktiviti akan dianjur seperti acara berjalan kaki, jogaton, pesta makanan dan sebagainya.

Acara berjalan kaki katanya, akan bermula dari premis Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCCI) di Jalan Chambers melalui Jalan Oya, melibatkan jarak sejauh 1.5 kilometer.

Selain itu, acara jogaton melibatkan jarak sejauh tiga kilometer akan bermula di Lorong 17, Jalan Oya serta dibahagika­n kepada tujuh kategori.

Aktiviti lain yang dianjurkan ialah aerobik, penyerahan Pusat Sumber, perasmian Sudut Warisan SHS dan Kejohanan Ragbi Piala Brother Albinus.

Seramai 2,000 orang dijangka menyertai sambutan, terdiri daripada bekas pelajar sekolah, pelajar sekolah, ibu bapa dan guru.

 ??  ?? SEDIA: Dr Hii (tengah) bersama Hii (tiga kanan) dan Teo (tiga kiri) menunjukka­n kemeja-T bagi sambutan ulang tahun ke-50 penempatan semula sekolah Sacred Heart.
SEDIA: Dr Hii (tengah) bersama Hii (tiga kanan) dan Teo (tiga kiri) menunjukka­n kemeja-T bagi sambutan ulang tahun ke-50 penempatan semula sekolah Sacred Heart.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia