Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang didakwa terima rasuah RM70,000

-

GEORGE TOWN: Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM70,000 daripada sebuah syarikat, 20 April 2015.

Mohd Shukri Abdul Rahman, 54, meminta dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Tertuduh didakwa menerima wang daripada Syarikat Jayonik MSC Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik Nor Jasmin Mustafa untuk mengeluark­an surat pelantikan syarikat itu bagi sebuah projek yang bernilai RM8.4 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Times Square, Lot 77-G-13, 14, 15 & 16, Penang Times Square, di sini pada 20 April 2015.

Tertuduh didakwa mengi-kut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri menawarkan jaminan RM100,000 dan seorang penjamin, bagaimanap­un peguam tertuduh Datuk Shukri Mohamad memohon agar jaminan dikurangka­n memandangk­an tertuduh menyara dua anak selain memberi kerjasama sepanjang siasatan kes berkenaan.

Mahkamah kemudianny­a membenarka­n tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia