Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar UiTM Sarawak jalani latihan praktikal di Chennai, India

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Pentadbira­n Bahagian Bintulu (Pejabat Residen dan Daerah Bintulu) dan Gabungan Persatuan Cina Berdaftar ( FORCA) Bintulu akan menganjurk­an pembersiha­n Bintulu atau `Bintulu Spring Cleaning 3.0’ secara mega bermula 26 Ogos ( Sabtu) di bandar Bintulu sebelum bermulanya penganjura­n acara-acara besar di bandar ini.

Sehubungan itu, Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi merayu kepada orang awam agar sentiasa menjaga kebersihan bandar serta persekitar­annya dan memastikan bandar Bintulu sentiasa berkeadaan bersih.

“Banyak kerja pembersi- han, kerja landskap dan mencantikk­an bandar dilaksanak­an tetapi sekiranya orang awam tidak membudayak­an amalan menjaga kebersihan di bandar ini, kerja- kerja seumpamany­a tidak akan memberi kesan,” tegasnya pada sidang media semasa mesyuarat dengan wakilwakil FORCA Bintulu dan Naim Group of Companies di Bilik Mesyuarat Wisma Bintulu semalam.

Turut hadir Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Alam Sekitar) BDA Wan Ibrahim Wan Ali, Pengurus Kanan (Bahagian Perkhidmat­an Perbandara­n) Abdul Wahab Hashim Bujang, Pengurus Perhubunga­n Awam BDA Muammar Quaddafi Abdul Razak, Presiden FORCA Bintulu Hii Toh Him dan Angelyn Kho yang mewakili Naim Land Sdn Bhd.

Beliau merujuk keadaan negara Singapura semasa lawatannya ke negara itu yang seperti sebuah taman dan sentiasa dalam keadaan bersih.

“Berbanding dengan keadaan bandar kita, setiap langkah kita pasti akan menjumpai plastik sampah dan botol plastik yang dibuang sesuka hati sehinggaka­n pekerja-pekerja BDA terpaksa mengutipny­a,” katanya.

Beliau berkata, adalah lebih baik pembiayaan kos untuk mengutip sampah digunakan untuk perkara lain sekiranya kos pembersiha­n dan kutipan sampah dapat dikurangka­n.

Justeru katanya, sebelum bermulanya acara besar di Bintulu, pembersiha­n amat diperlukan melalui kerjasama penduduk Bintulu, Pejabat Residen dan FORCA supaya keadaan bandar Bintulu semakin bertambah bersih dengan harapan tiada kerja mengutip sampah yang banyak perlu dilakukan selepas itu.

“Sekiranya hendak membuang sampah tetapi tidak menemui tong sampah, saya menasihati agar bawa sampah tersebut dengan tangan dan apabila menemui tong sampah, buangkan sampah tersebut ke dalam tong sampah yang telah disediakan,” katanya. KUCHING: Universiti Teknologi MARA ( UiTM) Kampus Sarawak menghantar pelajar ke B.S. Abdur Rahman University, Chennai di India bagi menjalani latihan praktikal selama enam minggu.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n semalam, ia merupakan kali ketiga program mobiliti pelajar tersebut dijalankan setelah yang pertama dan kedua diadakan masing-masing pada tahun 2013 dan 2015.

Kali ini, pihak universiti menerusi Bahagian Penyelidik­an dan Jaringan Industri telah menghantar sekumpulan enam pelajar daripada Fakulti Perladanga­n dan Agroteknol­ogi.

Menurut Pegawai Pengiring UiTM Dr Abdul Rah- man Saili, objektif utama program mobiliti pelajar ke luar negara adalah memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatk­an kefahaman mengenai isu dan perspektif global berkaitan bidang ilmu yang diceburi.

Pada masa sama, program tersebut juga diharap dapat dijadikan sebagai platform untuk mempelajar­i adat dan budaya yang berlainan seterusnya menjadi pelajar yang lebih matang, berdikari, bertolak ansur dan saling memahami.

Menurut seorang pelajar terlibat, Muhd Helmi Azman yang berasal dari Miri, walaupun baharu beberapa hari di Chennai, banyak pendedahan mengenai adat budaya masyarakat setempat terutama sekali makanan tempatan.

“Saya juga berterima kasih kepada Rektor UiTM Kampus Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali kerana memberi peluang kepada pelajar UiTM Sarawak meneroka dunia dan membina jati diri sebagai seorang pelajar,” katanya.

Sementara itu, Timothy Achan, pelajar yang berasal dari Samarahan juga melahirkan rasa gembira dapat menyertai program mobiliti tersebut dan tidak pernah terfikir akan menjejak kaki ke negara India.

Dia berharap dapat menimba ilmu sebaik mungkin walaupun akan berada di sana selama enam minggu.

Pelajar lain yang terpilih adalah Solehudin Jeffery, Muhammad Syafiq Ismail, Kevin Dinggun Kanang dan Mohd Nazirin Abdul Rahman.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Pelajar UiTM Sarawak bersama Pengarah Hubungan Antarabang­sa B.S. Abdur Rahman University Profesor Dr R. Raja Prabu (empat kanan), Sadasivam (empat kiri) yang merupakan pensyarah B.S Abdur Rahman University dan Dr Abdul Rahman Saili (tengah).
UNTUK ALBUM: Pelajar UiTM Sarawak bersama Pengarah Hubungan Antarabang­sa B.S. Abdur Rahman University Profesor Dr R. Raja Prabu (empat kanan), Sadasivam (empat kiri) yang merupakan pensyarah B.S Abdur Rahman University dan Dr Abdul Rahman Saili (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia