Utusan Borneo (Sarawak)

JKR Sarawak tinjau pelaksanaa­n Pan Borneo

Diketuai pengarahny­a Zuraimi Sabki, rombongan JKR melawat tapak pembinaan semalam

-

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diketuai pengarahny­a Zuraimi Sabki melakukan lawatan kerja pertama ke tapak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, semalam.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarka­n semalam, menerusi pemeriksaa­n tapak pertama tersebut, beliau bersama rombongan telah melawat Persimpang­an Pantu (SPJ) ke Batang Skrang (PJS) sejauh 89.439 kilometer yang mana pakej kerja pembinaan itu dikendalik­an oleh kontraktor utama, NaimGamuda JV Sdn Bhd.

Rombongan singgah di sempadan Bulatan Serian ke SPJ dan PJS di mana mereka disambut oleh Pengurus Projek Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) bagi PJS Ramasamy Kailasan yang kemudian membawa mereka ke pejabat tapak di Lachau.

“Di sana, rombongan kirakira 50 anggota diberi per- alatan perlindung­an peribadi (PPE) yang wajib bagi setiap orang sebelum ke pejabat tapak seperti dituntut oleh amalan keselamata­n dan kesihatan ketat yang digunakan oleh LBU,” kata kenyataan akhbar tersebut.

Jelas kenyataan itu lagi, lawatan pertama dilakukan ke Bukit Begunan untuk melihat kerja pembersiha­n tapak dan penimbusan tanah yang merupakan kerja utama buat masa ini.

Dengan adanya Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, menurutnya, kecuraman jalan di Bukit Begunan yang menyaksika­n banyak kemalangan akan dapat dikurangka­n ke paras yang lebih rata mengikut standard jalan raya R5.

“Reka bentuk jalan baharu itu memerlukan pembinaan penjajaran baharu bagi jalan di sebelah Bukit Begunan manakala kerja penimbusan tanah besar-besaran untuk memotong dan mengisi tapak tersebut juga sedang giat dijalankan.

“Lawatan kedua dilakukan ke PJS Chainage 25+000 untuk memeriksa perlindung­an lereng dan dasar jalan yang telah siap,” kata kenyataan akhbar tersebut.

Sepanjang jalan, kegiatan lain dapat dilihat seperti kerja penambahba­ikan tanah, perlindung­an dan penstabila­n lereng serta kerja membina pembetunga­n dan perparitan.

Memandu sepanjang jalan PJS rasa lebih selamat bagi pemandu kerana pengurusan trafik semakin baik kerana di sepanjang laluan, terdapat tanda pelenconga­n jalan, perintang trafik dengan lampu ‘blinking’, isyarat bendera dan banyak lagi.

Lawatan seterusnya ialah ke Kem Pengkalan Temudok. Di sini, rombongan memeriksa blok penginapan moden, blok kantin dan dapur di Kuarters Buruh Berpusat (CLQ).

Kem pengkalan itu juga menempatka­n sebuah pusat latihan, bengkel dan limbungan stok.

Selepas lawatan ke Kem Pengkalan Temudok, rombongan seterusnya pergi ke Pejabat Tapak PJS untuk mendengar taklimat penuh mengenai kemajuan projek PJS.

Sepanjang lawatan tersebut, Zuraimi mengagumi serta memuji pakej kerja yang sudah dijalankan.

“Saya sangat kagum dengan cara projek diuruskan. Di mana-mana kerja sedang dijalankan. PJS juga telah menggunaka­n amalan yang sangat baik dalam pembinaan jalan raya termasuk keselamata­n, kesihatan dan persekitar­annya terutama CLQ.

“Pakej kerja ini harus menjadi penanda aras bagi WPC dan JKR,” katanya.

Saya sangat kagum dengan cara projek diuruskan. Di mana-mana kerja sedang dijalankan. PJS juga telah menggunaka­n amalan yang sangat baik dalam pembinaan jalan raya termasuk keselamata­n, kesihatan dan persekitar­annya terutama CLQ. Zuraimi Sabki Pengarah JKR Sarawak

 ??  ?? FOKUS: Pelajar terlibat dengan Program Siri Jelajah BPP MARA dan Pengambila­n Terbuka ke Institusi Pendidikan MARA 2017 memberi penuh tumpuan terhadap ceramah yang diadakan.
FOKUS: Pelajar terlibat dengan Program Siri Jelajah BPP MARA dan Pengambila­n Terbuka ke Institusi Pendidikan MARA 2017 memberi penuh tumpuan terhadap ceramah yang diadakan.
 ??  ?? LAWATAN TAPAK: Zuraimi kelihatan bersama rombongan dalam lawatan kerjanya ke tapak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, semalam.
LAWATAN TAPAK: Zuraimi kelihatan bersama rombongan dalam lawatan kerjanya ke tapak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia