Utusan Borneo (Sarawak)

Bandar Bintulu dipenuhi program pada September hingga awal Oktober

-

BINTULU: Bandar Bintulu akan melalui masa yang sibuk pada minggu ketiga September dan minggu pertama Oktober dengan penganjura­n pelbagai aktiviti tahunan anjuran kerajaan negeri bersama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Gabungan Persatuan Cina Berdaftar ( FORCA) Bahagian Bintulu dengan kerjasama Naim Land Sdn Bhd sebagai penyedia tapak penganjura­n Karnival Tanglung Bintulu.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata, program itu diadakan sejak lapan tahun lepas merupakan program pelanconga­n tahunan untuk Bintulu.

Katanya, sambutan diterima melalui penganjura­n program berbentuk kebudayaan antaranya karnival tanglung, kuih bulan, acara larian dan berbasikal waktu malam termasuk Festival Layang-layang Antarabang­sa Borneo Bintulu (BIKF) dan sebagainya amat memberangs­angkan

“Sebagai pihak berkuasa tempatan di Bintulu, kami mengalu-alukan penglibata­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam penganjura­n aktiviti seumpamany­a untuk memeriahka­n suasana bandar Bintulu,” katanya bercakap pada sidang media semasa mengadakan mesyuarat dengan wakil- wakil FORCA Bintulu dan Naim Group of Companies di Bilik Mesyuarat Wisma Bintulu semalam.

Turut hadir Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Alam Sekitar) BDA Wan Ibrahim Wan Ali, Pengurus Kanan (Bahagian Perkhidmat­an Perbandara­n) Abdul Wahab Hashim Bujang, Pengurus Perhubunga­n Awam BDA Muammar Quaddafi Abdul Razak, Presiden FORCA Bintulu Hii Toh Him dan Angelyn Kho yang mewakili Naim Land Sdn Bhd.

“Kita mahu bandar Bintulu tidak sunyi dan sepi sekali gus memastikan akan sentiasa ada perjumpaan antara penduduk dan pemimpin melalui program yang diadakan,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti itu akan diadakan pada siang dan malam sebagai aktiviti tahunan yang akan meletakkan Bintulu sebagai destinasi terbaik untuk dikunjungi di Sarawak. Katanya, untuk penganjura­n BIKF pada penghujung September, sejumlah 24 negara mengesahka­n untuk mengambil bahagian dalam festival itu.

“Kami berharap penduduk Bintulu dan Sarawak menyokong acara tahunan BIKF memandangk­an ini antara satu- satunya acara besar seumpamany­a diadakan di negeri ini yang mendapat sambutan bukan sahaja penduduk Sarawak dan negara ini malah banyak kelab pelayang negara luar seperti China yang begitu aktif menyertain­ya,” katanya.

Selain itu katanya, BDA juga akan mengadakan Sesi `Town Hall’ untuk kali kedua pada 17 Ogos ini di Auditorium BDA yang akan mengupas tajuk `Menjadikan Bintulu

Sebagai Bandar Yang Hidup’.

“Kupasan berkenaan tajuk ini bertujuan mencari pendekatan bagaimana menjadikan Bintulu sebagai bandar yang `hidup’, menyeronok­kan, menggembir­akan dan cantik untuk dinikmati pendudukny­a.

“Kami akan menjemput penceramah bahagian majlis perbandara­n untuk memperkata­kan projek kitar semula, kem- pen berhenti mengguna bahan Styrofoam dan cabaran untuk memastikan keadaan bandar kekal bersih,” katanya.

Sementara itu, sempena Karnival Tanglung Bintulu yang akan bermula pada 31 Ogos hingga 3 September di Naim Street Mall Bintulu Paragon, akan diadakan Pertanding­an Seni Mural Bintulu.

Ia diikuti Pesta Makanan Bintulu, Persembaha­n Kebudayaan Pelbagai Kaum, Pertanding­an Nyanyian Sarawak, Sabah dan Brunei pada 29 September hingga 1 Oktober,

Upacara Menyalakan Lampu Tanglung ( 27 September), Tarian Singa Tradisiona­l Sarawak dan Borneo (28 September), Pertanding­an Tarian (29 September), Penghasila­n Kuih Bulan

Terpanjang Untuk Malaysia Book of Records (MBOR) dan Maju Sarawak Run (30 September).

 ??  ?? MESYUARAT: Rodziah (tiga kiri) berkata sesuatu kepada Hii semasa mesyuarat BDA, FORCA dan Naim di Wisma Bintulu semalam.
MESYUARAT: Rodziah (tiga kiri) berkata sesuatu kepada Hii semasa mesyuarat BDA, FORCA dan Naim di Wisma Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia