Utusan Borneo (Sarawak)

Bauksit: 9 kakitangan PTG Pahang direman seminggu

Bantu siasatan berkaitan perlombong­an bauksit haram

-

KUANTAN: Sembilan penolong penguat kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan berkaitan perlombong­an bauksit haram di sini.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzama­n membenarka­n permohonan tahan reman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu yang dikemukaka­n menerusi Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fadhly Mohd Zamri.

Semua suspek yang berusia antara 29 hingga 59 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, perbuatan disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti perlombong­an haram.

Mereka ditahan di sekitar daerah ini pada jam 3.30 hingga 3.45 petang kelmarin dan dibawa ke Kompleks Mahkamah di sini pada jam 10.30 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.

Mereka adalah daripada 10 individu yang ditahan dalam operasi khas SPRM yang diadakan ekoran aktiviti perlombong­an itu masih berjalan walaupun kerajaan telah mengenakan tempoh moratorium sehingga 31 Dis depan.

Turut ditahan ialah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) berusia 56 tahun, yang telah direman sehingga 8 Ogos.

Dalam operasi itu, SPRM turut menahan 18 buah lori yang sedang mengangkut bauksit dari lombong haram sekitar Bukit Goh dan Bukit Sagu di sini.

PengarahBa­hagianPeri­sikan SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya mengesahka­n bahawa pihaknya memantau kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REMAN: Sembilan Anggota Penguatkua­saan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dibawa Pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Kompleks Mahkamah Kuantan bagi permohonan reman selama tujuh hari atas dakwaan perlombong­an bauksit secara...
— Gambar Bernama REMAN: Sembilan Anggota Penguatkua­saan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dibawa Pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Kompleks Mahkamah Kuantan bagi permohonan reman selama tujuh hari atas dakwaan perlombong­an bauksit secara...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia